Pages

Friday, March 27, 2009

Kek coklat..

Untuk birthday kakak ari tu aku buatkan Rich Chocolate Moist Cake, resepi dari kak Ummi. resepinya cam kat bawah, aku cp je dr blog kak Ummi. Aku punya kek xdelah macam yang kak Ummi punya. Simple je takde plak aku letak strawberi ke apa ke. Gambo pun lupa nak ambik, jadi aku pinjamlah gambar kak Ummi. Jangan marah kak Ummi yek... Ampun..
Bahan:-
  • 6 oz (170 gm) mentega
  • 14 oz (397 gm) gula kastor
  • 3 biji telor
  • 7 oz air sejuk

Bahan A (dibancuh):-

  • 1 sudu teh nescafe
  • 1 sudu teh air panas
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh chocolate/coffee emulco atau chocolate/coffe paste

Bahan B (diayak bersama):

  • 8 oz (226 gm) tepung high protein/tepung roti/self-raising flour/tepung kek
  • 2 1/4 oz (64 gm) serbuk koko
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
Cara Membuat:-
  1. Griskan loyang kek saiz 9 inci dan lapikkan dengan parchment paper. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula dengan mixer hingga benar2 gebu dan kembang (apabila diangkat adunan tidak jatuh)
  3. Masukkan telor satu persatu sambil dipukul.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan A sambil dipukul lagi.
  5. Masukkan bahan-bahan B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan satu hala/arah dengan whisker secara perlahan-lahan sehingga adunan rata dan sebati.
  6. Masukkan air sejuk sambil dikacau lagi sehingga sebati.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin.
  8. Bakar pada suhu 170C selama 50 - 6- minit/hingga masak (suhu bergantung kepada oven masing-masing)
  9. Setelah siap, keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul-betul sejuk sebelum disapukan dengan chocolate ganache.
Bahan untuk ganache:
  • 1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • sedikit garam

Cara membuat ganache:-

  1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
  2. Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
  3. Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
  4. Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
  5. Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.

Wednesday, March 25, 2009

Kena tagged..

Aku pun kena tagged gok di mc na si koalajepong. memandangkan lama doh aku x letak apa2 n3. so apa salahnya kalu aku kongsikan dengan orang lain...

1. Was your first pregnancy planned?
mmg x rancang pun. lagipun dah rezeki aku nak dapat anak awal, terima jelah. kang nanti susah plak. kiranya aku ni bunting pelamin la...

2. What was your second choice name for your opposite gender name?
masa anak pertama x pun pilihan nama anak untuk anak lelaki. anak pertama pun last minute baru bagi nama. tapi untuk anak ke 2, Ahmad Syakir Amsyar.

3. What were your reactions?
mestilah suka, excited, tapi sebelum tu terkejut gak.. sebab x plan nak dapat anak awal. x puas lagi nak manja2 ngan abang.. hehehe.. tapi anak kedua lagilah, dalam2 aku merancang tersangkut gak.

4. How old were you?

25 tahun masa anak pertama, 27 tahun masa anak kedua.

5. How did you find out you were pregnant?
masa kakak tu aku tau2 sendiri sebab bila x dtg bulan. sebelum ni tiap2 bulan mmg x pernah miss. tapi gi gak cek kat klinik masa tu dah nak masuk 2 bulan lebih. untuk adik plak, kalu x kerana aku bleeding yg pada mulanya disangkakan haid (pas aku abih pantang bersalin kakak, aku x pernah didtgi oleh si bulan) yang agak kerap dalam sebulan, aku pun gilah cek kat klinik. n guess what? doc kata aku pregnant 5 weeks.

6. Who did you tell first?
cik abang la..

7. Did you want to find out the sex?
nak tau gak tapi x gi pun scan. tapi dua2nya aku ingatkan anak lelaki. tapi dua2 girl.

8. Due date?

20 Mac 2006 n 13 Jun 2008

9. Did you have morning sickness?
Syukur Alhamdulillah... masa kedua2 pregnancy, aku xde morning sickness. sihat je.. cuma tekak je lah yg terasa pahit semacam.. agaknya sebab aku duk telan ubat vitamin yg misi kasi. bila aku stop makan xdelah plak

10. What did you crave?
banyak jugak yg diidamkan.. kadang2 dapat, kadang2 x. patutlah air liur anakku meleleh je...

11. What was your first child's sex?
girl..

12. How many pounds did you gain throughout the pregnacy?
ikut paun x tau lah berapa tapi kalu kg, untuk yg first tu berat 54 kg kiranya naik dalam 14kg. tapi yg second x berapa nak naik, cuma naik 8 kg je jadi 48kg.


13. Did you have any complications during your pregnancy?
takde lah pulak rasanya, tapi ada sekali tu masa pregnant yg second, aku kena penyakit gatal2 kulit. masa tu dah 8 bulan. gi jumpa MA kt klinik kerteh, dia cakap alergic. tapi mujurlah seminggu je kena.

14. Where did you give birth?
dua2 kat spital kemaman..

15. How many hours were you in labor?
kalu yg si kakak tu aku masuk labor room dari kul 2.30ptg kul 5.24ptg baru kakak tengok dunia... adik plak kejap je x sampai pun sejam aku dalam labor room 2. masuk kul 11.15mlm, kul 11.50mlm dah kuar si adik tu.

16. Who drove you to the hospital?
dua2 bapak aku yg bawak... cik abang follow kut belakang ngan moto..

17. Who watched you given birth?
mestilah cik abang, bidan n nurse.. (kedua-duanya)

18. Was it natural or c-section?

both are natural way..

19. Did you take medicine to ease the pain?
xde ambik apa2 ubat pun.. air ngan minyak selusuh adalah. misi ada gak bagi aku oksigen.

20. How much did your child weigh?
si kakak 3.25kg, adik plak 3.05kg.

21.When was your child actually born?
kakak pada 9 Mac 2006, adik 2 Jun 2008.

22. What did you name him/her?
Nur Syakirah Liyana binti Ahmad Ridzuan untuk kakak n Nur Insyirah Damia binti Ahmad Ridzuan untuk adik.


23. How old is your first born today?
3 years 16 days old.

24. Would you do it again?
kalu dah rezeki, terima jelah. tapi kalu ingatkan cam mana sakitnya nak bersalin .. serik rasanya...

aku pun x tau nak tag sapa2... apa2 pun nilah award aku....








Monday, March 9, 2009

Birthday kakak

Hari ini genap umur kakak 3 tahun. Sekejap je masa berlalu. Rasanya baru je aku lahirkan kakak. Hari ni jugak Hari Maulidur Rasul, hari ulangtahun kelahiran Rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Abang keje hari ni, tak bolehlah nak gi jalan2. Ingat nak round2 kat bandar Chukai sebab dah lama tak jalan kat sana. lagipun hari ni hujan. Ingat nak buatkan kek coklat untuk kakak, tapi ada bahan yang tak cukup. Nak kena beli dulu lah ni.

Pengenalan...


Aku ada dua orang anak, semuanya perempuan. Yang sulungnya namanya Nur Syakirah Liyana (3 tahun) dipanggil kakak dan yang kecik Nur Insyirah Damia (9 bulan) dipanggil adik. Sekarang ni aku tak bekerja, sedang menunggu panggilan untuk start keje. Sebelum ni memang aku tak keje, surirumah je. Mengenangkan sekarang ni nak pakai banyak duit, maka aku pun ambiklah keputusan untuk bekerja. Sekarang ni kan tengah gawat, mana cukup kalu nak harapkan abang sorang.