Pages

Sunday, June 28, 2009

Saja-saja jer..

Sejak bukak sekolah ni, aku blom lagi post any n3. ari tu cuti sekolah dapat gak aku post n3 banyak skit. tapi sekarang ni tak tau la plak nak buh apa. ari ni sumer budak2 tahun 5 dun chukai n air putih dapat e-book sorang sebutir. tak tau lah lama mana bleh tahan. rasanya tak lama kot, dalam seminggu 2 nanti adalah yang rosak nanti. budak2 sekolah ni tak tau lah camner gayanya nanti. wait n see je lah. siaplah ngan kerenah masing2 nanti.. adoi... pening2... kalu dalam makmal pc pun dah kacau bilau dok tekan tu, tekan ni, tukar tu, tukar ni. dalam e-book nanti tak tau lah camner.
kot2 aku jadi cam ni...............



Wednesday, June 10, 2009

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yg Ke-4





Sedar x sedar dah 4 tahun kita kawen abg ek. anak pun dh 2 orang. moga2 perkahwinan ini kekal selama2nya hingga akhir hayat. Amin....
(sori gambar x clear)





Tuesday, June 2, 2009

Adik Dah Setahun

Adik atau Nur Insyirah Damia hari ni genap umurnya setahun. Perkembangannya setakat ni baru nak blajar merangkak n berdiri. Nampaknya anak2 aku sumer lambat berjalan. Tapi adik ni pas bleh duduk baru dia nak merangkak. kata orang kalau dah duduk sebelum merangkak, memang tak kan merangkak dah, tapi adik ni lain la plak. sekarang ni dua2 dia nak buat.

Tabiat adik yang tak bleh buang ialah isap ibu jari. mintak2lah tak bawa sampai ke besar. risau jugak aku.
masa umur sehari.
umur 13 hari
1 bulan
10 bulan

Pengalaman aku yang tak dapat lupakan pasal adik ialah semasa genap umur adik 2 bulan, adik disengat lipan. kat kepala pulak tu.bayangkan lah orang tua pun kalu kena sengat pun dah sakit giler nikan pulak baby umur 2 bulan yang kena kat kepala. masa kena tu adik ngan aku tido kat atas lantai. malam nak kena tu, adik memang susah nak tido, pastu aku letak la kat tempat tido aku. sejam pas tu, tiba2 adik menangis dgn kuat. masa tu kat pukul 3 pagi dah. aku ingatkan dia lapar tapi aku perasan kat atas bantal ada tompokan darah. mulanya tak perasan kat mana datangnya darah tu, cek punya cek, kat kepala. abang try la angkat bantal, masyaAllah, keluar sekor lipan sebesar jari telunjuk. lipan tu dapat gak dibunuh walaupun dia cuba larikan diri.
dipendekkan citer, adik dibawa ke klinik kesihatan kerteh. kata MA kat situ, dia tak dapat nak bagi suntikan sebab adik baby lagi. dia cuma bagi ubat demam n alergik je. aku tak puas ati try la gi hospital kemaman lak. sama je dia kata, tapi dia check la tekanan darah. tapi mujur lah ok. dia tanya gak nak masuk wad tak, kalu masuk pun cuma nak tengok perkembangan je, sawan ke, muntah ke. aku ambik keputusan bawa balik adik ke umah mak aku. bapak aku lak bawa balik penawar racun n buat air penawar. adik dari kena sampai ke petang mmg asik nangis je. aku terpaksa la bagi dia susu badan untuk elakkan dia dari terus menangis. ari tu mmg tetek aku mmg kempis sbb tak sempat nak penuh. petang tu adik demam n kepala dia bengkak. malamnya plak adik tido terus sampai ke siang, macam tak ingat nak bangun dah. agaknya mengantuk sangat sebab tak tido seharian. keesokannya mujurlah demam n bengkak dah takde. Syukurlah adik dah takde pape. kalu tak, tak tau lah camner.
(maaf la kalu citer aku ni org tak paham sbb aku bukannya reti kalu bab citer-mencerita ni)


Stadium Runtuh!

Pagi tadi dengar kabar stadium sultan mizan yang tersergam tu telah runtuh. tengahari tadi tgk brita mmg btol2 runtuh. tak tau lah ada ke tak org kat dlm stadium tu. mintak2lah takde kemalangan jiwa.


gambar2 ni aku ambik dari blog cikgufarha.