Bahan:-
- 6 oz (170 gm) mentega
- 14 oz (397 gm) gula kastor
- 3 biji telor
- 7 oz air sejuk
Bahan A (dibancuh):-
- 1 sudu teh nescafe
- 1 sudu teh air panas
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh chocolate/coffee emulco atau chocolate/coffe paste
Bahan B (diayak bersama):
- 8 oz (226 gm) tepung high protein/tepung roti/self-raising flour/tepung kek
- 2 1/4 oz (64 gm) serbuk koko
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- Griskan loyang kek saiz 9 inci dan lapikkan dengan parchment paper. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula dengan mixer hingga benar2 gebu dan kembang (apabila diangkat adunan tidak jatuh)
- Masukkan telor satu persatu sambil dipukul.
- Kemudian masukkan bahan-bahan A sambil dipukul lagi.
- Masukkan bahan-bahan B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan satu hala/arah dengan whisker secara perlahan-lahan sehingga adunan rata dan sebati.
- Masukkan air sejuk sambil dikacau lagi sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin.
- Bakar pada suhu 170C selama 50 - 6- minit/hingga masak (suhu bergantung kepada oven masing-masing)
- Setelah siap, keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul-betul sejuk sebelum disapukan dengan chocolate ganache.
- 1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
- 1/3 cawan serbuk koko
- sedikit garam
Cara membuat ganache:-
- Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
- Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
- Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
- Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
- Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.
No comments:
Post a Comment