Pages

Wednesday, March 21, 2012

Wabak HFMD.

Salam...

Sekarang ni kt Sarawak, HFMD dah diisytiharkan sebagai wabak.
HFMD dikenali sebagai Hand, Feet and Mouth Disease atau BMnya Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.

Ia disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Dan lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Penyakit
*Demam panas
*Sakit tekak
*Kurang selera makan
*Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
*Ruam dan biji-biji berair (blisters/ lepuh-lepuh) di tapak tangan dan kaki serta punggung





Penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.

Cara-Cara Merebak

HFMD ialah penyakit berjangkit yang sederhana yang melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.

RawatanM

Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit.

Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:

*Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi
*Memakan ubat seperti panadol (PARACETAMOL)untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
*Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut, ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan.
*Jika anak anda dijangkiti HFMD:
-Pastikan ianya berehat di rumah hingga sembuh.
-Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh (dikuarantin)
-Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga

Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah HFMD.


Langkah-Langkah Pencegahan

*Sentiasa menjaga kebersihan diri
*Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan
*Jangan berkongsi barang-barang persendirian
*Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin
*Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih
*Elakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan

PERINGATAN
Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda:

*Demam panas yang tidak menurun
*Mengantuk dan kelihatan letih lesu
*Gelisah
*Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan Sesak nafas
*Degupan jantung laju
*Kembung perut Tidak membuang air kecil
*Lemah anggota kaki Otot tersentak
*Pergerakan mata yang luar biasa

Jadikan ini sebagai panduan kita semua.

Wassalam.

No comments: