Pages

Thursday, March 8, 2012

SBPA Batal......

Salam...

Hari ini diadakan satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Kat situ PM ada buat pengumuman dan antara pengumumannya ialah:

*SPBA dibatalkan dan SSM dikekalkan dan ditambah baik.
* pelarasan gaji sebanyak 13% bagi gred 1 -54, 9% utk Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A, 8% utk Turus II dan III dan 7% utk Turus I dan KSN.
* struktur gaji SSM ditukar drpa Jadual Gaji Matriks kpd Jadual Gaji Minimum- Maksimum dgn kadar kenaikan tahunan bagi Gred 1 -54 sebanyak RM80-RM320.
*COLA bagi kawasan B dan C naik sebanyak RM50.00.

Kalu nak tengok teks pengumuman itu dengan lebih lanjut leh la klik PENGUMUMAN PM.

Thursday, February 16, 2012

Rotavirus

Apa itu jangkitan Rotavirus.
Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia. Berita terkini di Malaysia, 2 mangsa telah meninggal dunia di Tapah, Perak kerana dijangkiti oleh Rotavirus yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE).

Apa Itu Rotavirus?
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.

Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
-Cirit birit berlarutan
-Muntah berterusan
-Sakit perut
-Demam dan selsema
-Bau najis terlalu busuk

Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
-Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
-Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
-Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
-Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah

Sumber: Internet

Wahai Isteri......

Kepada semua isteri termasuklah aq, renung-renungkanlah....

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Oleh: Idris Bald
(dipetik drpd fb)

Monday, May 30, 2011

Pahala Isteri


“Wanita mudah masuk syurga, malah tidak sukar juga terjerumus ke neraka”

…mana satu pilihan kita wahai Muslimah?

Allah itu sememangnya Maha Pemurah, Maha Pemberi.
Dia yang Maha Agung,
tidak ada satu pun yang mampu melawan-Nya.

Bergelar wanita, isteri dan ibu…
sememangnya perkara mulia di sisi Allah.
Setiap amanah yang diberikan apabila dilaksanakan dengan baik dan ikhlas maka ganjarannya ialah pahala berlipat ganda.

Berusahalah agar menjadi wanita sejati, ibu mithali dan isteri solehah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Ya, Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya (suami), Allah akan memberi minum akan dia (isteri) dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas titian sirat”


Wasalam....

Majalah Nur Jun 2011


Personalized your own gifts

Wednesday, May 4, 2011

Salam Rabu 040511

Salam...

Saje je memunculkan diri menjengah blog yang dah berkarat ning..
Rindu la wei nak berblog cam dolu2..
Tapi apakan daya.. nantilah yek..

Tunggu... Ambe gi beli laptop sutir ngan brukband, then leh lah ambe nak berblog sampai belok.. :)..

Bila tu x tau la lagi..
Tahun depan kut...
Hehehe..

Kalu ada sape2 yang rindu tu, ambe pun rindu kat deme gok..

Okey la.. kalu kira, banyak story nak kabo tapi...
Tunggu la dulu....

Saboo...

Bye dulu...

Wasalam....