Pages

Tuesday, December 1, 2009

Salam Haji..

Salam semua.. Dah beberapa lama aku x update blog aku ni. Bukannya apa, malas btol la sekarang ni nk buat ayat2 dan buat karangan. Patutlah dulu masa aku sekolah selalu je kena denda dek cikgu bm sebab x anto buku penulisan. hehehe...

Minggu ni dah nak masuk minggu ke-2 cuti sekolah bermula. Kerja aku kat skool ni pun kurang la skit... kadang2 takde terus. pagi punchcomp, petang karang balik. begitulah keadaannya semenjak 2 menjak ni.

Sekarang ni musim haji, so baru2 ni bapak mertua aku pun turut sama menyahut seruan Kaabah. Kitaorg (family hubby aku; (mak, abang, kakak, adik2 n biras2 n anak sedara) telah beramai2 pergi menghantar bapak mertuaku itu ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya pada 13hb November yang lalu. Kitaorg bergerak ngan 2 buah kenderaan, bertolak dalam kul 9 pagi lebih sampai sana dalam kul 5 lebih. Disebabkan bapak mertua aku kena lapor diri kul 9 malam, kitaorg berkampung dulu kat Hotel Sun Inns Mentari kt Bandar Sunway.


Malam tu barulah gi anto bapak mertuaku ke Kelana Jaya. Kat kul 11 lebih barulah balik ke hotel. Malam tu plak aku x dapat tido disebabkan semputku dtg menyerang dah lah inhaler tertinggal kat rumah. Kul 8 pagi barulah semput hilang tu pun lepas beli inhaler kat farmasi. Pengalaman tertinggal inhaler tu banyak mengajar aku, lain kali kena bawa banyak2, letak dalam setiap beg yg ada. kalu tertinggal tak lah susah. susahkan diri sendiri dan orang lain.

Pukul 12 tghari kitaorg check-out dan bertolak balik ke Terengganu....

Saturday, October 24, 2009

.....




Salam....
Dah 2 bulan aku x updet blog aku. sibuk + malas + xde idea nk tulis apa...
Dalam masa dua bulan ni gak, kita dah sambut merdeka, bulan puasa n raya. nanti dlm masa sebln ni nak raya haji plak. nanti kalu aku dtg rajin, aku upload macam2.


Wednesday, August 19, 2009

Kembara Merdeka.

Pada 11 Ogos hari tu plak, satu konvoi kembara merdeka 2009 dengan menaiki motosikal berkuasa besar, telah singgah kat sekolah aku. Sebelum tu diorang semua berhenti sekejap kat Padang Astaka. Masa tu dah kul 11 lebih. Aku berkenan betul ngan satu bijik moto ni, ngan kaler dia mmg menawan la. Tapi aku bleh berangan je la nak bawa.. Mana padan moto tu ngan aku kan.. nanti moto tu yang naik aku bukan aku yang naik moto..


Ada 52 bijik motosikal ke semuanya yang simbolik dgn 52 tahun Merdeka.. Masa diorg sampai kat Kemaman ni dah masuk hari ke tiga diorg berkonvoi. Dan dlm ramai2 kumbang, ada gak terselit bunga sekuntum. yang aku maksudkan pompuan yang bawak moto la. bukan yang ikut dr belakang. kalu yg tu mmg ramai. Tapi aku respek la kat akak ni. Bawak moto besar.. Dia ikut husband dia berkonvoi. Moto husband dia la yang warna ijau tu. Yang akak ni punya kaler silver.

Rasanya hari tu urusetia dia bagitau yang kesemua peserta konvoi ni dari Kelab LB (Lanun Bikers).Kumpulan nasyid As-Syifa' pun ada sama ikut konvoi ni.. Aku tak pasti la apa lagu femes diorang..


Sampai kat sini je, wartawan x bertauliah ni melapor dari sksk.... roger n out...



My Belated Birthday.



Sebenarnya dah seminggu lebih dah birthday aku berlalu, 10hb aritu.. maknanya umur aku dah 29 tahun n seminggu lebih la umur aku....
Sedar x sedar tahun depan dah nk masuk 3 series... cepatnya masa berlalu rasanya.. rasanya cam baru je aku menjalani usia kanak-kanak n remaja... lagi 20 tahun, dapat menantu la plak... Itu pun kalu umur panjang.. dapatlah aku merasa dapat menantu n cucu.. jauhnya aku berangan, anak2 aku sekolah pun belum.. hehehe...
Tahun ni aku dapat sebijik kek daripada abg aku... tima kasih byk2 la abg... sebelum ni mmg x pernah pun dapat kek ni... apa pun syukur sbb bleh mkn kek coklat yang memang dah peberet aku.














Sunday, August 2, 2009

Syukur...........

Hari Jumaat 31 Julai baru2 ni aku ikut rombongan cik kiah gi KL.... shopping mopping kat sana.
Sekarang nikan tengah mega sale.

Kat sekolah ni cikgu-cikgi buat rombongan shopping sempena dapat gaji baru2 ni. so aku pun tak ketinggalan la join diorang bershopping untuk persiapan raya. Aku gi sorang je.. abg n anak2 x ikut. kitaorang (rombongan cik kiah) gi sogo n sekitarnya je cam jln tar, n jln masjid india. gi pun balik ari je.

Hari Sabtu 1 Ogos... berlaku plak perhimpunan haram kat area aku n da rombongan gi shopping tu. Syukur Alhamdullilah... mujur aku gi sehari lebih awal.. kalu tak.... tak shopping la jawabnya. mungkin kitaorang akan terperangkap sama dalam kesesakan org ramai n kenderaan. dan ntah apa lagi yang akan berlaku aku pun tak tau. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Sunday, June 28, 2009

Saja-saja jer..

Sejak bukak sekolah ni, aku blom lagi post any n3. ari tu cuti sekolah dapat gak aku post n3 banyak skit. tapi sekarang ni tak tau la plak nak buh apa. ari ni sumer budak2 tahun 5 dun chukai n air putih dapat e-book sorang sebutir. tak tau lah lama mana bleh tahan. rasanya tak lama kot, dalam seminggu 2 nanti adalah yang rosak nanti. budak2 sekolah ni tak tau lah camner gayanya nanti. wait n see je lah. siaplah ngan kerenah masing2 nanti.. adoi... pening2... kalu dalam makmal pc pun dah kacau bilau dok tekan tu, tekan ni, tukar tu, tukar ni. dalam e-book nanti tak tau lah camner.
kot2 aku jadi cam ni...............



Wednesday, June 10, 2009

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yg Ke-4





Sedar x sedar dah 4 tahun kita kawen abg ek. anak pun dh 2 orang. moga2 perkahwinan ini kekal selama2nya hingga akhir hayat. Amin....
(sori gambar x clear)





Tuesday, June 2, 2009

Adik Dah Setahun

Adik atau Nur Insyirah Damia hari ni genap umurnya setahun. Perkembangannya setakat ni baru nak blajar merangkak n berdiri. Nampaknya anak2 aku sumer lambat berjalan. Tapi adik ni pas bleh duduk baru dia nak merangkak. kata orang kalau dah duduk sebelum merangkak, memang tak kan merangkak dah, tapi adik ni lain la plak. sekarang ni dua2 dia nak buat.

Tabiat adik yang tak bleh buang ialah isap ibu jari. mintak2lah tak bawa sampai ke besar. risau jugak aku.
masa umur sehari.
umur 13 hari
1 bulan
10 bulan

Pengalaman aku yang tak dapat lupakan pasal adik ialah semasa genap umur adik 2 bulan, adik disengat lipan. kat kepala pulak tu.bayangkan lah orang tua pun kalu kena sengat pun dah sakit giler nikan pulak baby umur 2 bulan yang kena kat kepala. masa kena tu adik ngan aku tido kat atas lantai. malam nak kena tu, adik memang susah nak tido, pastu aku letak la kat tempat tido aku. sejam pas tu, tiba2 adik menangis dgn kuat. masa tu kat pukul 3 pagi dah. aku ingatkan dia lapar tapi aku perasan kat atas bantal ada tompokan darah. mulanya tak perasan kat mana datangnya darah tu, cek punya cek, kat kepala. abang try la angkat bantal, masyaAllah, keluar sekor lipan sebesar jari telunjuk. lipan tu dapat gak dibunuh walaupun dia cuba larikan diri.
dipendekkan citer, adik dibawa ke klinik kesihatan kerteh. kata MA kat situ, dia tak dapat nak bagi suntikan sebab adik baby lagi. dia cuma bagi ubat demam n alergik je. aku tak puas ati try la gi hospital kemaman lak. sama je dia kata, tapi dia check la tekanan darah. tapi mujur lah ok. dia tanya gak nak masuk wad tak, kalu masuk pun cuma nak tengok perkembangan je, sawan ke, muntah ke. aku ambik keputusan bawa balik adik ke umah mak aku. bapak aku lak bawa balik penawar racun n buat air penawar. adik dari kena sampai ke petang mmg asik nangis je. aku terpaksa la bagi dia susu badan untuk elakkan dia dari terus menangis. ari tu mmg tetek aku mmg kempis sbb tak sempat nak penuh. petang tu adik demam n kepala dia bengkak. malamnya plak adik tido terus sampai ke siang, macam tak ingat nak bangun dah. agaknya mengantuk sangat sebab tak tido seharian. keesokannya mujurlah demam n bengkak dah takde. Syukurlah adik dah takde pape. kalu tak, tak tau lah camner.
(maaf la kalu citer aku ni org tak paham sbb aku bukannya reti kalu bab citer-mencerita ni)


Stadium Runtuh!

Pagi tadi dengar kabar stadium sultan mizan yang tersergam tu telah runtuh. tengahari tadi tgk brita mmg btol2 runtuh. tak tau lah ada ke tak org kat dlm stadium tu. mintak2lah takde kemalangan jiwa.


gambar2 ni aku ambik dari blog cikgufarha.



Sunday, May 31, 2009

Cuti Sekolah

Minggu ni dah bermulanya school holiday. Makanya aku pun adalah masa skit nak masukkan n3 dlm blog aku ni yang dah brape lama x diupdatekan.

Aku keje sebagai EIO kat sek ni, SK Seri Kmn. Jawatan ni jawatan baru so nak citer lebih2 pun aku x reti. Tugas aku menyelenggarakan e-book. Kalu nak tau e-book tu adalah sejenis mini laptop yang telah dimasukkan dengan semua perisian/software buku teks. Maknanya murid2 dah x payah bawa buku teks yang berat n tebal tu lagi ke sekolah. Bawa e-book je ke sek.

Minggu lepas baru je dilancarkan oleh MB ganu. skrang ni duk tunggu lah bilanya nak diserahkan ke sek2.
Sebelum tibanya e-book kat sek ni, keja aku skrang ni jadi PTR sebab PTR yang ada tengah cuti bersalin. PTR pun PTR lah.


Nilah rupanya e-book tu. Sebut btol2 jgn jadi ibok sudah.



Zoo Mini

Semasa hari perasmian pembukaan zoo mini ari tu (ari n tarikhnya aku dh lupa sbb dh lama dah) aku n anak2 ikut mak n ayah n adik2 ku g ke zoo. Abang aku x g sbb dia keja. Masa tu kan free of charge, masuk x yah bayor. Tapi skang ni kalu nak masuk adalah dlm RM5 sorang dewasa, tu pun promosi. Kalu x RM10. Budak2 lak RM3.

Aku nak citer pun tak reti camner rupa kat dalam zoo tu tapi kat dlm tu adalah taman herba, taman burung, jambatan gantung, taman orkid n tempat mandi yang macam kat sunway lagoon tu. Kalau nak tau pegilah sendiri, baru tau camner. Bukan tu je banyak lagi la yang ada. Ari tu aku pun x larat nak jelajah semua tempat, mana yang terlarat je aku redah.

Nilah antara binatang2 yang ada kat situ....





Punyalah banyak pokok orkid tapi 4 pokok ni je yang tengah mekar berbunga. Apa nama orkid ni aku pun tak tau. Papepon layan je lah.







Thursday, April 23, 2009

Apa2ntah...

Dalam seminggu ni aku memang bz giler. Baru start keje kat tempat baru so, banyak lah juga keje kena buat. Pening gak kpala ni hari2 dok hadap depan 42 pc kat lab. Lagi pening bila nak kena blajar mana yg aku x tau, nak2 pasal networking. menda tu yang aku lemoh sekali. kat sini bukannya ada sapa yg bleh aku tanya pun. blajar sendiri la nampaknya xpun google je. sangkaan orang, kalu belajar pasal it, mesti tau semua pasal it. adake cam tu? masa blajar dulu, mana ada dia ajar benda2 tu sume ngan specifik, skit2 adalah. apa yang penting, kemahuan kita sendiri. kalu kita nak blajar, kita akan usahakan. amendalah yg aku merepek ni.... hentam sajalah labu.

Nanti aku nak kena ajor budak2 ngan microsoft office plak. isk.. aku mane reti ajor org. diri sendiri pun x terajor. tapi tak tau lagilah bila. mintak2lah lambat agi.. hehehe.. sementara tu blehlah aku duk refresh balik benda tu sume.

Ari ni ari khamis, leh balik awal skit. rehat tengahari pun aku x balik, malas la bukan apa, sbb nanti pun nak balik umah gak kul 3 lebih. kalu balik, nanti kul 2 kena masuk balik, dalam sejam lebih balik umah plak. baik x payah balik. buang masa n minyak je, walaupun dekat je umah ngan tempat keje sebenarnya..

Nanti kalu aku free byk, aku nk post story pasal gi zoo mini ari tu..





Friday, April 3, 2009

Suratan @ Kebetulan..

Gambo2 ni sume aku dpt dari email, lama dah. Saja aku nak kongsi ngan semua..