Pages

Wednesday, August 19, 2009

Kembara Merdeka.

Pada 11 Ogos hari tu plak, satu konvoi kembara merdeka 2009 dengan menaiki motosikal berkuasa besar, telah singgah kat sekolah aku. Sebelum tu diorang semua berhenti sekejap kat Padang Astaka. Masa tu dah kul 11 lebih. Aku berkenan betul ngan satu bijik moto ni, ngan kaler dia mmg menawan la. Tapi aku bleh berangan je la nak bawa.. Mana padan moto tu ngan aku kan.. nanti moto tu yang naik aku bukan aku yang naik moto..


Ada 52 bijik motosikal ke semuanya yang simbolik dgn 52 tahun Merdeka.. Masa diorg sampai kat Kemaman ni dah masuk hari ke tiga diorg berkonvoi. Dan dlm ramai2 kumbang, ada gak terselit bunga sekuntum. yang aku maksudkan pompuan yang bawak moto la. bukan yang ikut dr belakang. kalu yg tu mmg ramai. Tapi aku respek la kat akak ni. Bawak moto besar.. Dia ikut husband dia berkonvoi. Moto husband dia la yang warna ijau tu. Yang akak ni punya kaler silver.

Rasanya hari tu urusetia dia bagitau yang kesemua peserta konvoi ni dari Kelab LB (Lanun Bikers).Kumpulan nasyid As-Syifa' pun ada sama ikut konvoi ni.. Aku tak pasti la apa lagu femes diorang..


Sampai kat sini je, wartawan x bertauliah ni melapor dari sksk.... roger n out...



No comments: