Pages

Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Story 'bout my Doter

Salam...



Ni nak citer pasal sorang budak nakal ni..
Yang terlampau aktif tapi bukan hyperaktif..
kalu hyperaktif lain plak..

Pada malam hari Ahad baru ni 28/11/2010..
ambe 3 beranak (aku, adik n kakak), my mum n 2 sisters gilah ke Ekspo kat Padang Astaka.
Orang kat sini panggil Ekspo, kalu kat lain x tau la ape..
Kat situ ada org jual2 pakaian, menan, n ade gak merry go round dan lain2..

Lepas je abis round kat ekspo tu, anak2 ambe nak sambung main kat taman mainan yang ada kat seberang jalan..

Nak dijadikan crite, masa ambe, adik, my mum dan sorang lg sister bgerak ke keta nak balik..
tiba2 my other sister mendukung kakak n bagitau yg td kakak jatuh masa main td..

n berjejer darah kluar dari kepala dia..

ambe apa lagi, cpat2 la bawak gi kat Kecemasan kat spital yg x brape jauh tu..

setelah hampir sejam menunggu, brulah kakak diperiksa oleh MA..
katanye kena jahit.. kena gak 2 jahitan..


Kena jahit


rasa ralat pun ade, sbb darah dah kering baru kakak dirawat..
mujurlah xde apa2..

sebenarnya baru minggu lepas ambe bawak kakak gi kat situ sbb seminggu sebelum tu kepala kakak telah digigit oleh si 'Kutu Babi' hingga menyebabkan jangkitan.


Bekas infeksi dr gigitan si 'Kutu Babi'


belum pun sakit yang ni baik, dapat penyakit lain plak...

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Korban @ Aidil Adha





Salam...

Esok
17/11/2010 (Rabu) bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1431
adalah
Hari Raya Korban.

Tahun ni ambe beraya kat Kerteh..

Ambe cuti sampai Isnin depan. Selasa baru masuk keje balik...

So, sampai jumpe lagi..


SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA....


Wednesday, October 20, 2010

01/10/2010


FELDA JERANGAU: Sebuah rumah di kawasan ini telah diserbu oleh beberapa keluarga yang telah menaiki kira-kira 8 buah kereta untuk tujuan peminangan pada Jumaat 1 Oktober 2010 yang lalu. Peminangan tersebut dibuat untuk adik lelaki kepada tuan tanah sendiri. Tanpa banyak cerita sila lihat gambar yang terpapar di skrin anda.


Hantaran Drpd Pihak Perempuan


Hantaran Drpd Pihak Lelaki


Kemuncaknya


Pasangannya


Rombongan Cik Kiah 1


Rombongan Cik Kiah 2


Wednesday, September 15, 2010

Gambar Raya..

Hari ni aku xde nak citer mende just nk buh gambo raya kami sekeluarga je..
Jangan berpinar mata dh le... bukan mende dh nampak warna maroon je...
layan jer le..










Sori, gambar lintang pukang.. x reti dh nak susun camner.. pening dah...

Ada lagi ni, tapi lambat sangat nak upload.. aku pun dah malas nak tunggu lama2...











Thursday, June 10, 2010

oUR 5 th aNNIversary is toDay!

Syukur Alhamdulillah..

Hari ni genap le usia perkahwinan kami 5 tahun. Semoga jodoh kami dikekalkan sehingga ke Syurga..

InsyaAllah..

Doakanlah kebahagiaan kami selamanya...

Thursday, June 3, 2010

Menghitung hari..

Tengok tajuk macam lagu Kris Dayanti je tapi jangan salah sangka plok...

Lagi seminggu, genap lah ulangtahun perkahwinan aku yang ke 5.


Alhamdulillah..


"Aku bersyukur di atas segala nikmat dan kesejahteraan yang telah Engkau berikan kepada kami, Ya Allah" ....

"Aku juga bersyukur akan 2 Anugerah yang telah Engkau kurniakan kepada kami, Ya Allah dan jadikanlah mereka; Nur Syakirah Liyana dan Nur Insyirah Damia anak-anak yang solehah"...

Amin....

Tuesday, December 1, 2009

Salam Haji..

Salam semua.. Dah beberapa lama aku x update blog aku ni. Bukannya apa, malas btol la sekarang ni nk buat ayat2 dan buat karangan. Patutlah dulu masa aku sekolah selalu je kena denda dek cikgu bm sebab x anto buku penulisan. hehehe...

Minggu ni dah nak masuk minggu ke-2 cuti sekolah bermula. Kerja aku kat skool ni pun kurang la skit... kadang2 takde terus. pagi punchcomp, petang karang balik. begitulah keadaannya semenjak 2 menjak ni.

Sekarang ni musim haji, so baru2 ni bapak mertua aku pun turut sama menyahut seruan Kaabah. Kitaorg (family hubby aku; (mak, abang, kakak, adik2 n biras2 n anak sedara) telah beramai2 pergi menghantar bapak mertuaku itu ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya pada 13hb November yang lalu. Kitaorg bergerak ngan 2 buah kenderaan, bertolak dalam kul 9 pagi lebih sampai sana dalam kul 5 lebih. Disebabkan bapak mertua aku kena lapor diri kul 9 malam, kitaorg berkampung dulu kat Hotel Sun Inns Mentari kt Bandar Sunway.


Malam tu barulah gi anto bapak mertuaku ke Kelana Jaya. Kat kul 11 lebih barulah balik ke hotel. Malam tu plak aku x dapat tido disebabkan semputku dtg menyerang dah lah inhaler tertinggal kat rumah. Kul 8 pagi barulah semput hilang tu pun lepas beli inhaler kat farmasi. Pengalaman tertinggal inhaler tu banyak mengajar aku, lain kali kena bawa banyak2, letak dalam setiap beg yg ada. kalu tertinggal tak lah susah. susahkan diri sendiri dan orang lain.

Pukul 12 tghari kitaorg check-out dan bertolak balik ke Terengganu....

Wednesday, August 19, 2009

My Belated Birthday.



Sebenarnya dah seminggu lebih dah birthday aku berlalu, 10hb aritu.. maknanya umur aku dah 29 tahun n seminggu lebih la umur aku....
Sedar x sedar tahun depan dah nk masuk 3 series... cepatnya masa berlalu rasanya.. rasanya cam baru je aku menjalani usia kanak-kanak n remaja... lagi 20 tahun, dapat menantu la plak... Itu pun kalu umur panjang.. dapatlah aku merasa dapat menantu n cucu.. jauhnya aku berangan, anak2 aku sekolah pun belum.. hehehe...
Tahun ni aku dapat sebijik kek daripada abg aku... tima kasih byk2 la abg... sebelum ni mmg x pernah pun dapat kek ni... apa pun syukur sbb bleh mkn kek coklat yang memang dah peberet aku.