Pages

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Wabak HFMD.

Salam...

Sekarang ni kt Sarawak, HFMD dah diisytiharkan sebagai wabak.
HFMD dikenali sebagai Hand, Feet and Mouth Disease atau BMnya Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.

Ia disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Dan lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Penyakit
*Demam panas
*Sakit tekak
*Kurang selera makan
*Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
*Ruam dan biji-biji berair (blisters/ lepuh-lepuh) di tapak tangan dan kaki serta punggung





Penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.

Cara-Cara Merebak

HFMD ialah penyakit berjangkit yang sederhana yang melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.

RawatanM

Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit.

Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:

*Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi
*Memakan ubat seperti panadol (PARACETAMOL)untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
*Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut, ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan.
*Jika anak anda dijangkiti HFMD:
-Pastikan ianya berehat di rumah hingga sembuh.
-Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh (dikuarantin)
-Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga

Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah HFMD.


Langkah-Langkah Pencegahan

*Sentiasa menjaga kebersihan diri
*Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan
*Jangan berkongsi barang-barang persendirian
*Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin
*Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih
*Elakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan

PERINGATAN
Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda:

*Demam panas yang tidak menurun
*Mengantuk dan kelihatan letih lesu
*Gelisah
*Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan Sesak nafas
*Degupan jantung laju
*Kembung perut Tidak membuang air kecil
*Lemah anggota kaki Otot tersentak
*Pergerakan mata yang luar biasa

Jadikan ini sebagai panduan kita semua.

Wassalam.

Sunday, December 5, 2010

Harga Diesel, RON 95, LPG dan Gula Pada 04/12/2010

Salam,

Berkuatkuasa mulai 4 Disember 2010, harga :

-Petrol RON95 dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM1.90 seliter,
-Diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter,
-LPG dinaikkan 5 sen kepada RM1.90 sekilogram dan,
-Gula dinaikkan sebanyak 20 sen menjadikan harga gula adalah
RM2.10

untuk sekilo.


Thursday, December 2, 2010

Hyperaktif

Salam,

Just nak share about hiperaktif pada anak-anak...
Boleh la dijadikan panduan..


TANDA-TANDA HYPERAKTIF


Kanak-kanak hyperaktif haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah, di sekolah dan sebagainya :-

1. Hiperaktiviti

-Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk

-Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas

-Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok

-Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap

-Selalu banyak bercakap

-Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor


2. Tempoh tumpuan yang singkat

-Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain

-Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas

-Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti

-Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)

-Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)

-Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain

-Mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan


3. Tingkah laku impulsif

-Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan

-Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran

-Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain

-Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan


Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan anak anda menghadapi masalh tingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian selanjutnya.

Bolehkah gangguan lain mengiringi Hyperaktif?

-Hyperaktif sukar hendak didiagnos kerana Hyperaktif kerap disertai dengan masalah-masalah lain.

-Gangguan perkembangan seperti kelewatan pertumbuhan global (misalnya kerencatan mental) atau gangguan spektrum autistik.

-Kesukaran pembelajaran secara khusus iaitu kanak-kanak menghadapi masalah untuk menguasai bahasa atau kemahiran akademik yang tertentu misalnya membaca dan matematik.

-Masalah emosional dan tingkah laku; orang lain mungkin akan menganggap kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak yang terganggu emosinya. Pada hakikatnya, kanak-kanak itu sendiri sentiasa bergelumang dengan kekecewaan dan terpaksa meluahkan emosi mereka.

Masalah Hyperaktif :

Masalah sosial. Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya. Mereka juga kerap berdepan dengan masalah akademik.

Masalah keluarga. Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan kedaan tegang. Ibu bapa sering salahkan diri kerana tingkah laku anak-anak mereka. Beban rasa salah ini boleh menjadi ringan jika ibu bapa memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak mereka.

Apakah yang boleh disalah tafsir sebagai Hyperaktif?


*Pencapaian akademik rendah yang disebabkan masalah pembelajaran yang lain

*Kurang daya tumpuan kerana epilepsi atau sawan jenis petit mal

*Infeksi atau jangkitan telinga yang menjejaskan pendengaran sesekali

*Suka memusnahkan barang atau tidak responsif akibat keresahan atau kemurungan

*Menghadapi masalah di rumah



Punca Hyperaktif

Tiada siapa tahu apakah punca Hyperaktif. Punca Hyperaktif tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti Hyperaktif bukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

*Menonton televisyen

*Alah pada makanan

*Gula yang berlebihan

*Keadaan hidup yang miskin

*Sekolah bertaraf rendah


Ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi punca Hyperaktif. Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya.


Diagnosis dan rawatan Hyperaktif

Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk Hyperaktif. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah.

Kerapakali rawatan berkesan untuk Hyperaktif melibatkan pendekatan multidisiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami Hyperaktif memerlukan rawatan.

Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat Hyperaktif, tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak Hyperaktif menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu mengawal diri sendiri.

Ubat stimulan yang utama untuk merawat Hyperaktif adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Kesan sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurang selera makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan.

Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat Hyperaktif. Rawatan untuk Hyperaktif perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikao dan tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup.

Bolehkah Hyperaktif sembuh?

Dengan bantuan yang sewajarnya dari ibu bapa, guru-guru, para doktor, kanak-kanak Hyperaktif akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberi mereka kebebasan bergerak.

Walaupun sebahagian kanak-kanak Hyperaktif akan terus menunjukkan tanda atau masalah sehingga dewasa namaun dengan menjalani rawatan perubatan dan terapi yang diikuti semasa kanak-kanak dapat membantu mereka ketika dewasa

Sunday, October 17, 2010

Ancaman Kepada Komputer & Internet

Bila anda mendapati pc anda tak bekerja seperti sepatutnya, misalnya pc lambat, hang, data yang dicari hilang, paparan yang mengganggu ketika sedang bekerja, anda mungkin beranggapan komputer anda terkena virus. Sebenarnya terdapat banyak ancaman semasa anda menggunakan pc dan internet. Ancaman ini dapat memusnahkan data, pc, bahkan mencuri data penting.

Ancaman ini tidak hanya tergolong kepada virus. Mungkin ada beberapa istilah yang pernah anda dengar tetapi masih belum mengetahui apa maksudnya. Berikut penjelasan tentang hal-hal yang dapat mengancam komputer atau mengambil data penting.


Adware

Ia adalah sebuah program yang akan menampilkan iklan pada komputer dan akan mengganggu karena adware umumnya akan memakai sumber daya dari komputer, akibatnya komputer berjalan lambat. Ada juga jenis adware yang muncul secara pop-up yang dapat mengganggu saat anda sedang bekerja.

Brute Force

Ia merupakan kegiatan untuk memecahkan password dengan cara mengkombinasikan angka dan huruf secara berurutan. Sangat berbahaya jika dengan teknik ini, orang yang tidak sepatutnya dapat mengetahui password anda kemudian disalahgunakan. Untuk mengatasi masalah ini, ada baiknya password yang digunakan tidak hanya terdiri dari angka dan huruf tetapi juga terdiri dari simbol seperti $, #, &, dan lainnya.


DDoS

Singkatan dari Distributed Denial of Service, dimana sebuah server atau komputer diserang dengan dihujani kiriman data dalam ukuran yang sangat besar oleh banyak komputer secara bersamaan. Akibatnya komputer tersebut akan sukar diakses atau perkakasan (hardware) menjadi rosak kerana tidak mampu menampung kiriman data yang sangat besar.


Exploit

Sebuah aplikasi yang berusaha mencari dan menyerang kelemahan dari sistem untuk mendapatkan akses atau dengan tujuan menjangkiti sistem atau komputer.

Fake Antivirus

Caranya adalah dengan membuat seolah-olah komputer terkena virus dan menyarankan untuk membeli antivirus bagi mengatasi virus tadi.


Hoax

Berita palsu yang biasanya disebarkan melalui email atau website. Kesannya adalah kekalutan atau banyak pembacanya yang tertipu. Akibat lainnya adalah memberatkan jaringan internet kerana surat berantai dari berita tersebut yang disampaikan kepada orang lain.


Keylogger

Merupakan salah satu ancaman yang cukup merbahaya. Keylogger akan merakam input yang dimasukkan daripada keyboard untuk disimpan atau dikirimkan kepada seseorang yang biasanya digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Berhati-hati apabila memasukkan password di tempat-tempat umum seperti cybercafe. Password yang anda masukkan melalui keyboard dapat diketahui dan boleh digunakan untuk tujuan yang tidak baik.

Salah satu cara untuk menghindari keylogger adalah dengan menggunakan "On Screen Keyboard" semasa memasukkan password. "On Screen Keyboard" boleh dijalankan dari dari program Windows yang berada pada Program| Accessories| Accessbility atau dengan menaip “osk” dari Start| Run pada Operating System Windows.


Malware

Biasanya terdapat pada bootsector pada harddisk, kemudian mengubah program yang pertama kali dijalankan. Sistem yang biasanya terkena adalah Sistem Operasi. Jangkitan pada Sistem Operasi ini dapat memudahkan malware untuk menyebarkan diri atau menyebarkan virus pada media penyimpanan seperti CD ROM atau Flash Disk.


Phising

Bentuk penipuan di internet dengan membuat seseorang memberikan informasi penting yang tidak patut diketahuinya. Misalnya, dengan membuat sebuah website yang mirip dengan website sebuah bank. Mangsa tidak sedar yang dia telah ditipu kemudian akan memasukkan password. Password ini yang apabila diketahui oleh si pereka website tiruan tersebut, dia akan digunakan untuk mengeluarkan simpanan mangsa.

Rootkit

Program yang bertujuan menyembunyikan program lain yang berjalan. Biasa digunakan untuk menyebarkan malware, virus, atau keylogger.

Spam

Merupakan email iklan agar seseorang mengunjungi website tertentu yang sebenarnya merupakan phising atau untuk menyebarkan malware. Pesan yang dikirimkan dalam jumlah banyak sehingga menghabiskan waktu untuk menghapusnya.


Spyware

Merupakan program yang berfungsi untuk mengintai pengguna dengan tujuan mendapatkan informasi penting seperti nombor kad kredit, PIN atau password.


Trojan

Bertindak seolah-olah program baik yang dapat digunakan untuk membantu kerja pengguna. Tetapi, sebenarnya di dalamnya terdapat fungsi yang membahayakan sistem secara keseluruhan atau untuk mencuri informasi rahsia. Trojan mudah tersebar ke komputer lain.

Worm

Adalah malware yang dapat menggandakan diri kemudian mengirimkan hasil penggandaan dirinya melalui jaringan tanpa perlu ada aktiviti tertentu yang dilakukan user. Worm merbahaya kerana dapat menjadi pintu masuk bagi virus, malware atau lain-lain.

Sunday, October 10, 2010

Solat Subuh...

Salam...

Solat Subuh banyak manfaatnya bagi yang mendirikannya..
Disini dikongsikan antara manfaat Solat Subuh:

*Disaksikan secara langsung oleh para malaikat
*Lambang kemenangan melawan godaan syaitan

Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Syaitan mengikat leher kalian ketika tidur dengan 3 ikatan. Pada setiap ikatan syaitan membisikkan, "Tidurlah, malam masih panjang!". Apabila kalian bangun lalu berzikir kepada Allah, ikatan pertama terlepas. Apabila kalian berwuduk, ikatan kedua terlerai. Kemudian, apabila kalian solat, ikatan ketiga terlepas dan seterusnya bersemangat pada pagi itu. Tetapi sekiranya kalian tidak bangun, pagi itu jiwa kalian menjadi malas"- Hadis Riwayat Bukhari

*Bebas daripada terkena air kencing syaitan
*Mendapat pahala seperti mengerjakan solat satu malam

"Sesiapa sahaja yang solat Isyak' berjemaah, seolah-olah dia sudah solat setengah malam. Barang siapa yang solat subuh berjemaah, dia seakan-akan melaksanakan solat malam semalam suntuk"- Hadis Riwayat Bukhari

*Mendapat kilauan cahaya yang terang pada hari kiamat

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang terang benderang pada hari kiamat"
- Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Janah

---(Dipetik daripada Nur keluaran Ogos 2010)----

Thursday, September 23, 2010

UPSR

Hari ni hari terakhir UPSR..
dah 3 hari dah..
Harap2 semua murid sekolah dapat jawab ngan baik.
Paling penting dapat skor 5A..
and paling penting murid sekolah SK Seri Kemaman terutamanya.

Semoga Terengganu dapat mengekalkan kejuaraan dalam UPSR berturut2...

Hilangkan segala tanggapan yang 'benda petak kaler biru' tu akan menyebabkan kemerosotan dalam UPSR...

~~~~TERENGGANU NEGERI ANJUNG ILMU~~~

Sunday, September 19, 2010

Kempen Aurat Saya, Maruah Saya....

Jom...
Ayuh..
Kita sama2 join kempen ni..

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati.......



Tuesday, April 27, 2010

KUASA WANITA

Kuasa Pujukan Wanita

Kehebatan wanita dalam pujuk rayu memang tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada wanita yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan Empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan seorang wanita;

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra.
3. Hitler dan Matahari.
4. Samson dan Delila.
5. Abu Lahab dan Hendon.

Kuasa Sokongan Wanita


Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama;

1. Nabi Muhammmad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak lagi contoh yang lain.

Kuasa Kejelitaan Wanita

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan wanita boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhaiNya.


Kuasa Layanan Wanita


Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi daripada wanita yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah malah memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

Kuasa Doa Wanita

Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul". Orang bertanya, "Kenapa ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


Kuasa Taqwa Wanita


Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh wanita berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada wanita adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam kata lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh wanita kecuali Nabi Adam a.s.. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi wanita kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut wanita yang menghamilkannya dan melahirkan ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan wanita akan lebih nyata, jika ditambahkan dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristighfar baginya(isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)".

Alangkah bertuahnya andai kita sbg WANITA mampu:
... setabah SITI MARIAM ibu nabi Isa
... sebaik Sayyidatina SITI KHADIJAH
... sebijak Sayyidatina AISHAH
... seteguh Sayyidatina FATIMAH
... seikhlas hati seorang ibu yang telah melahirkan

Saturday, April 24, 2010

Petua Bahagia

63 petua bahagia yang boleh dijadikan amalan suami isteri daripada Datuk Dr Fadzilah Kamsah....


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Runtuh!

Pagi tadi dengar kabar stadium sultan mizan yang tersergam tu telah runtuh. tengahari tadi tgk brita mmg btol2 runtuh. tak tau lah ada ke tak org kat dlm stadium tu. mintak2lah takde kemalangan jiwa.


gambar2 ni aku ambik dari blog cikgufarha.