Pages

Tuesday, April 27, 2010

KUASA WANITA

Kuasa Pujukan Wanita

Kehebatan wanita dalam pujuk rayu memang tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada wanita yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan Empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan seorang wanita;

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra.
3. Hitler dan Matahari.
4. Samson dan Delila.
5. Abu Lahab dan Hendon.

Kuasa Sokongan Wanita


Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama;

1. Nabi Muhammmad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak lagi contoh yang lain.

Kuasa Kejelitaan Wanita

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan wanita boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhaiNya.


Kuasa Layanan Wanita


Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi daripada wanita yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah malah memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

Kuasa Doa Wanita

Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul". Orang bertanya, "Kenapa ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


Kuasa Taqwa Wanita


Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh wanita berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada wanita adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam kata lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh wanita kecuali Nabi Adam a.s.. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi wanita kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut wanita yang menghamilkannya dan melahirkan ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan wanita akan lebih nyata, jika ditambahkan dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristighfar baginya(isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)".

Alangkah bertuahnya andai kita sbg WANITA mampu:
... setabah SITI MARIAM ibu nabi Isa
... sebaik Sayyidatina SITI KHADIJAH
... sebijak Sayyidatina AISHAH
... seteguh Sayyidatina FATIMAH
... seikhlas hati seorang ibu yang telah melahirkan

No comments: