Pages

Sunday, December 12, 2010

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Asam

Salam,

Ambe just nak kongsi resipi ikan bakar yang ambe belajar drpd mak mertua ambe.

Sila2lah cuba kalu berkenan..



Bahan-bahan:

* 1 ekor ikan cencaru (dibersihkan dan dibelah belakang)
* *4 ulas bawang merah
* *2 ulas bawang putih
* *1 inci halia
* *1 inci kunyit hidup
* *sedikit belacan
* *sedikit manisan/gula melaka
* garam dan serbuk perasa secukupnya
* 2 s/b cili kisar
* sedikit air asam jawa

Cara-cara:

1. Bahan2 yang bertanda * ditumbuk sehingga hancur/ lumat.
2. Kemudian satukan bahan tumbuk dengan cili kisar dan air asam jawa. Selepas itu
perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Sumbatkan bahan tumbuk tadi ke belakang ikan yang telah dibelah.
4. Selepas itu bolehlah dibakar hingga masak.

Resipi ni ada ambe tepek kat myresipi.com

Selamat Mencuba

3 comments:

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

10s sit..
try wat ahhh, walla.. :P

ctjay said...

try.. jgn dop try..

moklong said...

sonang bangat. selama ni duk ingat mkn tu lg sonang pd buat. hahaha...