Pages

Wednesday, December 15, 2010

Temani Mayat Ibu

Salam,

Sebak rasa lepas baca berita kat Metro hari ni.

X tau la apa perasaan anak sekecil itu, berhadapan ngan situasi cam tu..

x dapat nak dibayangkan...

Subhanallah.....

Tuesday, December 14, 2010

Lagi Sampel.........

Salam,

Nak share 'se' lagi sampel yang ambe dapat.
Dapat tau pasal sampel ni pun dari Nadia



Kalu nak klik Benefiber.

Okey..

Adios..

Sampel Free

Salam,

Hari tu, ambe ada apply sampel pad Libresse.
Semalam benda alah tu dah selamat diterima..
Banyak jugak sampel pad yang diorang bagi.




Kalu ada sapa2 nak bleh la klik
Libresse
.

p.s: Sebenarnya x harap sangat diorang bagi sampel ni, sbb dulu pernah gak apply sampel pad dari jenis lain, tapi x dapat2 pun.

Sunday, December 12, 2010

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Asam

Salam,

Ambe just nak kongsi resipi ikan bakar yang ambe belajar drpd mak mertua ambe.

Sila2lah cuba kalu berkenan..



Bahan-bahan:

* 1 ekor ikan cencaru (dibersihkan dan dibelah belakang)
* *4 ulas bawang merah
* *2 ulas bawang putih
* *1 inci halia
* *1 inci kunyit hidup
* *sedikit belacan
* *sedikit manisan/gula melaka
* garam dan serbuk perasa secukupnya
* 2 s/b cili kisar
* sedikit air asam jawa

Cara-cara:

1. Bahan2 yang bertanda * ditumbuk sehingga hancur/ lumat.
2. Kemudian satukan bahan tumbuk dengan cili kisar dan air asam jawa. Selepas itu
perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Sumbatkan bahan tumbuk tadi ke belakang ikan yang telah dibelah.
4. Selepas itu bolehlah dibakar hingga masak.

Resipi ni ada ambe tepek kat myresipi.com

Selamat Mencuba

Monday, December 6, 2010

Salam Tahun Baru Hijrah

Salam,

Esok dah masuk bulan Muharram tahun baru Hijrah 1432.

Kat sini, ambe nak kongsi Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun untuk dibaca pada petang ni.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan
berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"





Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah.
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".




Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar..

Sumber daripada JAKIM.