Pages

Tuesday, April 20, 2010

TAG SEPULUH: ANDA , SUAMI & RAKAN


Aku mulakan blog untuk thn ni ngan tag Sepuluh.Baru sempat nak update blog thn ni.. huhuhu... busy dengan koje... kononnya la...
Tag ni datang dari Leily.. thanks Leily.. kalu x kerna kau... x tau la aku nk buh apa dlm blog ni. wakakaka....


1.Siapakah anda dirumah?
Seorang isteri kepada suami dan mama kepada 2 org anak. Jugak kakak yg sulung kepada 7 org adik n anak kpd mak n bapakku.

2. Siapakah diri anda disamping rakan?
Sebagai rakan yg pendiam (kadang-kadang le)diam2 berisi. Kalu ajak wat tman gi bandor ke shopping ke masa time rehat.. no problem..

3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?
+ Nak anak lelaki plak... ..
+ nak rumah sendiri
+ keja yang tetap sbb skrng ni kontrak je..
+ nak beli kete sendiri
+ aku pun nk gak laptop sutir

4. Siapakah nama pasangan anda?
Ahmad Ridzuan bin Ismail

5. Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?
+ matanya yg kaler coklat tu
+ rajin tulun basuh baju tp jemur aku la yg kena
+ x byk cakap ngan org, tp dgn aku byk plak pot-petnya
+ dh benti merokok (bleh tahan sampai bila aku x tau)
+ sayang kat aku n anak- anak


6. Bila tarikh couple?
9 June 2003


7. Kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Gaduh2 sikit tu biasa la..


8. Lagu tema cinta anda?
Takda la plak..


9. Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?
Kuruskan tang perut tu bleh? hehehe


10. Tag 10 rakan lain
sapa2 je lah yg berkenaan...






Tuesday, December 1, 2009

Salam Haji..

Salam semua.. Dah beberapa lama aku x update blog aku ni. Bukannya apa, malas btol la sekarang ni nk buat ayat2 dan buat karangan. Patutlah dulu masa aku sekolah selalu je kena denda dek cikgu bm sebab x anto buku penulisan. hehehe...

Minggu ni dah nak masuk minggu ke-2 cuti sekolah bermula. Kerja aku kat skool ni pun kurang la skit... kadang2 takde terus. pagi punchcomp, petang karang balik. begitulah keadaannya semenjak 2 menjak ni.

Sekarang ni musim haji, so baru2 ni bapak mertua aku pun turut sama menyahut seruan Kaabah. Kitaorg (family hubby aku; (mak, abang, kakak, adik2 n biras2 n anak sedara) telah beramai2 pergi menghantar bapak mertuaku itu ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya pada 13hb November yang lalu. Kitaorg bergerak ngan 2 buah kenderaan, bertolak dalam kul 9 pagi lebih sampai sana dalam kul 5 lebih. Disebabkan bapak mertua aku kena lapor diri kul 9 malam, kitaorg berkampung dulu kat Hotel Sun Inns Mentari kt Bandar Sunway.


Malam tu barulah gi anto bapak mertuaku ke Kelana Jaya. Kat kul 11 lebih barulah balik ke hotel. Malam tu plak aku x dapat tido disebabkan semputku dtg menyerang dah lah inhaler tertinggal kat rumah. Kul 8 pagi barulah semput hilang tu pun lepas beli inhaler kat farmasi. Pengalaman tertinggal inhaler tu banyak mengajar aku, lain kali kena bawa banyak2, letak dalam setiap beg yg ada. kalu tertinggal tak lah susah. susahkan diri sendiri dan orang lain.

Pukul 12 tghari kitaorg check-out dan bertolak balik ke Terengganu....

Saturday, October 24, 2009

.....




Salam....
Dah 2 bulan aku x updet blog aku. sibuk + malas + xde idea nk tulis apa...
Dalam masa dua bulan ni gak, kita dah sambut merdeka, bulan puasa n raya. nanti dlm masa sebln ni nak raya haji plak. nanti kalu aku dtg rajin, aku upload macam2.


Wednesday, August 19, 2009

Kembara Merdeka.

Pada 11 Ogos hari tu plak, satu konvoi kembara merdeka 2009 dengan menaiki motosikal berkuasa besar, telah singgah kat sekolah aku. Sebelum tu diorang semua berhenti sekejap kat Padang Astaka. Masa tu dah kul 11 lebih. Aku berkenan betul ngan satu bijik moto ni, ngan kaler dia mmg menawan la. Tapi aku bleh berangan je la nak bawa.. Mana padan moto tu ngan aku kan.. nanti moto tu yang naik aku bukan aku yang naik moto..


Ada 52 bijik motosikal ke semuanya yang simbolik dgn 52 tahun Merdeka.. Masa diorg sampai kat Kemaman ni dah masuk hari ke tiga diorg berkonvoi. Dan dlm ramai2 kumbang, ada gak terselit bunga sekuntum. yang aku maksudkan pompuan yang bawak moto la. bukan yang ikut dr belakang. kalu yg tu mmg ramai. Tapi aku respek la kat akak ni. Bawak moto besar.. Dia ikut husband dia berkonvoi. Moto husband dia la yang warna ijau tu. Yang akak ni punya kaler silver.

Rasanya hari tu urusetia dia bagitau yang kesemua peserta konvoi ni dari Kelab LB (Lanun Bikers).Kumpulan nasyid As-Syifa' pun ada sama ikut konvoi ni.. Aku tak pasti la apa lagu femes diorang..


Sampai kat sini je, wartawan x bertauliah ni melapor dari sksk.... roger n out...



My Belated Birthday.



Sebenarnya dah seminggu lebih dah birthday aku berlalu, 10hb aritu.. maknanya umur aku dah 29 tahun n seminggu lebih la umur aku....
Sedar x sedar tahun depan dah nk masuk 3 series... cepatnya masa berlalu rasanya.. rasanya cam baru je aku menjalani usia kanak-kanak n remaja... lagi 20 tahun, dapat menantu la plak... Itu pun kalu umur panjang.. dapatlah aku merasa dapat menantu n cucu.. jauhnya aku berangan, anak2 aku sekolah pun belum.. hehehe...
Tahun ni aku dapat sebijik kek daripada abg aku... tima kasih byk2 la abg... sebelum ni mmg x pernah pun dapat kek ni... apa pun syukur sbb bleh mkn kek coklat yang memang dah peberet aku.