Pages

Wednesday, August 19, 2009

Kembara Merdeka.

Pada 11 Ogos hari tu plak, satu konvoi kembara merdeka 2009 dengan menaiki motosikal berkuasa besar, telah singgah kat sekolah aku. Sebelum tu diorang semua berhenti sekejap kat Padang Astaka. Masa tu dah kul 11 lebih. Aku berkenan betul ngan satu bijik moto ni, ngan kaler dia mmg menawan la. Tapi aku bleh berangan je la nak bawa.. Mana padan moto tu ngan aku kan.. nanti moto tu yang naik aku bukan aku yang naik moto..


Ada 52 bijik motosikal ke semuanya yang simbolik dgn 52 tahun Merdeka.. Masa diorg sampai kat Kemaman ni dah masuk hari ke tiga diorg berkonvoi. Dan dlm ramai2 kumbang, ada gak terselit bunga sekuntum. yang aku maksudkan pompuan yang bawak moto la. bukan yang ikut dr belakang. kalu yg tu mmg ramai. Tapi aku respek la kat akak ni. Bawak moto besar.. Dia ikut husband dia berkonvoi. Moto husband dia la yang warna ijau tu. Yang akak ni punya kaler silver.

Rasanya hari tu urusetia dia bagitau yang kesemua peserta konvoi ni dari Kelab LB (Lanun Bikers).Kumpulan nasyid As-Syifa' pun ada sama ikut konvoi ni.. Aku tak pasti la apa lagu femes diorang..


Sampai kat sini je, wartawan x bertauliah ni melapor dari sksk.... roger n out...



My Belated Birthday.



Sebenarnya dah seminggu lebih dah birthday aku berlalu, 10hb aritu.. maknanya umur aku dah 29 tahun n seminggu lebih la umur aku....
Sedar x sedar tahun depan dah nk masuk 3 series... cepatnya masa berlalu rasanya.. rasanya cam baru je aku menjalani usia kanak-kanak n remaja... lagi 20 tahun, dapat menantu la plak... Itu pun kalu umur panjang.. dapatlah aku merasa dapat menantu n cucu.. jauhnya aku berangan, anak2 aku sekolah pun belum.. hehehe...
Tahun ni aku dapat sebijik kek daripada abg aku... tima kasih byk2 la abg... sebelum ni mmg x pernah pun dapat kek ni... apa pun syukur sbb bleh mkn kek coklat yang memang dah peberet aku.














Sunday, August 2, 2009

Syukur...........

Hari Jumaat 31 Julai baru2 ni aku ikut rombongan cik kiah gi KL.... shopping mopping kat sana.
Sekarang nikan tengah mega sale.

Kat sekolah ni cikgu-cikgi buat rombongan shopping sempena dapat gaji baru2 ni. so aku pun tak ketinggalan la join diorang bershopping untuk persiapan raya. Aku gi sorang je.. abg n anak2 x ikut. kitaorang (rombongan cik kiah) gi sogo n sekitarnya je cam jln tar, n jln masjid india. gi pun balik ari je.

Hari Sabtu 1 Ogos... berlaku plak perhimpunan haram kat area aku n da rombongan gi shopping tu. Syukur Alhamdullilah... mujur aku gi sehari lebih awal.. kalu tak.... tak shopping la jawabnya. mungkin kitaorang akan terperangkap sama dalam kesesakan org ramai n kenderaan. dan ntah apa lagi yang akan berlaku aku pun tak tau. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.