Pages

Monday, April 2, 2012

Bulan Jamadil Awal

Salam..

Hari ni dah pun mencecah 10 Jamadil Awal 1433H.
Ambe nk kongsi skit tentang peristiwa2 yang berlaku pada bulan ni.

1. Peperangan "Al-'Ashirah" pada tahun kedua Hijrah, dipimpin oleh Baginda s.a.w. Tidak berlaku apa-apa pertempuran disebabkan perjanjian damai yang dimeterai antara Rasulullah s.a.w. dengan Bani Mudlij dan penyokong mereka Bani Hamzah. Baginda s.a.w. bersama sahabat kembali ke Madinah.


2. Peperangan "Zat Ar-Riqa`" pada tahun kedua Hijrah, diketuai oleh Baginda s.a.w. Ianya di satu kawasan di daerah Najd di kediaman Bani Muharib dan Bani Tha`labah dari kaum Ghatafan. Tiada pertempuran dan peperangan yang berlaku, ianya dinamakan Zat Ar Riqa' (yang mempunyai cebisan kain) kerana para sahabat membalut kaki-kaki mereka dengan cebisan kain kerana kepanasan bumi Najd.

3. Perutusan sekumpulan tentera Islam yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah ke "Al-Qussah" seramai 10 orang. Ianya bertujuan memerangi Bani Tha`labah, tetapi perutusan tersebut telah diserang hendap oleh seratus orang Badwi dan membunuh kesemua perutusan itu kecuali Muhammad bin Maslamah yang mendapat kecederaan parah sehingga orang-orang Badwi menyangkanya telah mati. Sekumpulan Badwi yang lain telah membawa beliau ke Madinah untuk mendapatkan rawatan di sana.

4. Peperangan Mu'tah pada tahun kelapan Hijrah. Ianya disebabkan oleh pembunuhan yang dilakukan oleh Syarahbil bin `Amr Al-Futhaniy terhadap seorang utusan Rasulullah s.a.w. iaitu Al-Harith bin `Umair Al-Azdiy dari kaum Bani Lahab. Beliau diutus oleh Baginda s.a.w. membawa sepucuk surat kepada Maharaja Rom atau Pembesar Busra tetapi dia telah ditahan dan diikat oleh Syarahbil lalu dibunuhnya. Rasulullah s.a.w. amat murka dengan pembunuhan tersebut kerana mengikut peraturan pada zaman itu seseorang utusan tidak boleh diapa-apakan sehinggalah dia pulang ke tempat asalnya. Baginda s.a.w. menghantar sekumpulan tentera yang dikepalai oleh Zaid bin Harithah dan berpesan "sekiranya Zaid terkorban, dia hendaklah diganti oleh Ja'afar bin Abi Talib, sekiranya dia terkorban juga Abdullah bin Abi Rawahah akan memimpin tentera tadi". Kesemua sahabat tadi syahid di dalam peperangan itu lalu ianya dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid yang telah mengundurkan tentera Islam secara tersusun dan kemas tanpa mengalami apa-apa kehilangan jiwa dan kekalahan.

5. Peperangan Ajnadain pada tahun kelima belas Hijrah. Ianya berlaku di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Amru bin Al-`As, Abu `Ubadah bin Al-Jarrah dan Syarahbil bin Hasanah dengan tentera Rom yang dikepalai oleh Wardan di kawasan Ajnadain di Timur Yerusalem (Al-Quds). Tentera Rom tewas di dalam peperangan itu dan pemimpin mereka Wardan juga mati di situ. Ianya berlaku berhampiran bandar Ramallah dan membuka jalan untuk pembukaan bandar Palestin.

6. Kematian Asma' binti Abi Bakar As-Siddiq yang digelar "Zat An-Nitoqain", salah seorang yang dijanji masuk ke syurga Allah s.w.t. dan merupakan orang perempuan kedua yang memeluk Islam selepas Khadijah binti Khuwailid. Beliau meninggal pada tahun 73 Hijrah semasa berumur seratus tahun. Merupakan ibu kepada Abdullah bin Az-Zubair yang telah dibunuh oleh Al-Hajjaj Ath-Thaqafiy.

7. Kematian Abdullah bin Az-Zubair pada 17 Jamadil Awal tahun ke 73 Hijrah yang merupakan anak kaum Muhajirin yang pertama dilahirkan di Madinah semasa penghijrahan orang Islam Mekah ke Madinah. Bapanya Az-Zubair bin Al-`Awwam sepupu Nabi s.a.w. dan ibunya Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq, emak saudaranya `Aishah binti Abu Bakar. Beliau syahid dibunuh oleh Al-Hajjaj bin Yusuf pembesar kerajaan Bani Umaiyah.

Sumber: Internet.

Wassalam..

Wednesday, March 28, 2012

Kisah Budak2..

Salam...

Kisah Benar 1:
Satu hari cikgu bertanya kepada anak-anak prasekolah tentang nama ibubapa masing-masing.
Sampailah giliran Mizfar...

Cikgu : Nama ayah mende?
Mizfar: Aboh..
Cikgu: Mak?
Mizfar: Ibu..
Cikgu: Ermm.. Kalu kawan ayoh mari dumah, dia panggil ayoh mende?
Mizfar: Aboh mung..

Cikgu dah x tau nak tanya apa dah...
Hahahahaa...

(Harap maaf, perbualan dalam loghat ganu)


Kisah Benar 2:

Satu hari yang lain pula...
Cikgu bercerita tentang lori.

Cikgu:Ada lori yang besar, ada lori yang kecil. Kalu lori besar bila dia nak brek dia kena lepaskan angin. kalu tak, brek dia tak makan...

Yusof: Dah tu brek makan apa cikgu?

Cikgu: ????

Selepas itu terpaksalah cikgu explain kut lain plak psal brek tak makan...


Wassalam....

Sunday, March 25, 2012

Jangan....

Salam....

Ini ada pesanan skit, sumber drpd internet utk tatapan semua...

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

Wassalam..

Wednesday, March 21, 2012

Wabak HFMD.

Salam...

Sekarang ni kt Sarawak, HFMD dah diisytiharkan sebagai wabak.
HFMD dikenali sebagai Hand, Feet and Mouth Disease atau BMnya Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.

Ia disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Dan lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Penyakit
*Demam panas
*Sakit tekak
*Kurang selera makan
*Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
*Ruam dan biji-biji berair (blisters/ lepuh-lepuh) di tapak tangan dan kaki serta punggung





Penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.

Cara-Cara Merebak

HFMD ialah penyakit berjangkit yang sederhana yang melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.

RawatanM

Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit.

Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:

*Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi
*Memakan ubat seperti panadol (PARACETAMOL)untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
*Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut, ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan.
*Jika anak anda dijangkiti HFMD:
-Pastikan ianya berehat di rumah hingga sembuh.
-Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh (dikuarantin)
-Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga

Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah HFMD.


Langkah-Langkah Pencegahan

*Sentiasa menjaga kebersihan diri
*Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan
*Jangan berkongsi barang-barang persendirian
*Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin
*Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih
*Elakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan

PERINGATAN
Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda:

*Demam panas yang tidak menurun
*Mengantuk dan kelihatan letih lesu
*Gelisah
*Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan Sesak nafas
*Degupan jantung laju
*Kembung perut Tidak membuang air kecil
*Lemah anggota kaki Otot tersentak
*Pergerakan mata yang luar biasa

Jadikan ini sebagai panduan kita semua.

Wassalam.

Thursday, March 8, 2012

Waspada Ngan Nombor Ni 03-27874200 n 03-20550700

Salam...

Aku baru je dapat panggilan drpd no. 03-20550700 .
Katanya drpd AIA plus ngan kerjasama Bonuslink. Yang kat depan x brape nak clear.. tapi yang tang Bonuslink tu mmg aku dengar dengan jelas.
Mula2 tu aku layan gak la. Dia bg penjelasan pasal polisi insurans dgn panjang lebar. Aku iakan aje. Then dia ckp nak hantar polisi. Dia mintak alamat rumah, aku bagi.Pahtu mintak no. ic.
aik... aku dah naik heran ni. nak buat apa ngan no. ic aku. kalu alamat rumah aku bg lg ni nak no. ic.
bila aku xnk bg, leh dia tanya apa yg menyebabkn aku xnk bg..
nk je aku jawap suka ati aku le.. tp aku jawap gak utk keselamatan la..
dia bg alasan skit punya byk.. call tu dirakamlah.. nanti dia akan bgtau nama, no. ic dia, pastu leh la aku call blk tanya pasal dia.
mana aku nk tau rakam ke x.. last2 aku diam je, dah x tau nk buat apa.. sampai la call terputus. tp dia x putus asa call lg guna no.03-27874200 plak. tp aku terus je sekat panggilan dia .. padan muka ko..
aku try la cek nombor ni kt tenet..
wah.. bukan main banyak lg komplen pasal nombor ni..
mujur aku cepat tersedar kalu x padan muka aku.
tapi padan gak muka aku kalu jadi apa2 nanti..
yang ko layan sangat apsal.. :)
so waspada la ngan no. 03-20550700 & 03-27874200 atau pun nombor dr KL yg korg x pasti dr sapa..

apa pandangan korang?

Wasalam....

Mutiara Kata

Mutiara kata untuk memberi sumber inspirasi dalam kehidupan seharian kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan harian.
Gunakanlah kata-kata ini sebagai kata semangat untuk kehidupan harian kita. Juga dapat menghiburkan dan memotivasikan diri.

*Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

*Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

*Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

*Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

*Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

*Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab

*Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

*Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

*Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

*Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

*Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

*Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

*Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Al-Fatihah Buat Arwah Adik Dirang

Salam...

Semalam kita dikejutkan dengan berita bahawa adik Dirang atau Nurul Nadirah Abdullah disahkan meninggal dunia setelah dilaporkan hilang sejak 1 Mac lalu.

Apalah dosa anak sekecil itu dibunuh sedemikian rupa.
Apa nak jadi dengan dunia..

Tak dapat nak dibayang perasaan ibunya..

Ya Allah.. kuatkan iman ibu dan keluarganya
dan cucurilah rahmat-Mu ke atas arwah..

Amin..

SBPA Batal......

Salam...

Hari ini diadakan satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Kat situ PM ada buat pengumuman dan antara pengumumannya ialah:

*SPBA dibatalkan dan SSM dikekalkan dan ditambah baik.
* pelarasan gaji sebanyak 13% bagi gred 1 -54, 9% utk Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A, 8% utk Turus II dan III dan 7% utk Turus I dan KSN.
* struktur gaji SSM ditukar drpa Jadual Gaji Matriks kpd Jadual Gaji Minimum- Maksimum dgn kadar kenaikan tahunan bagi Gred 1 -54 sebanyak RM80-RM320.
*COLA bagi kawasan B dan C naik sebanyak RM50.00.

Kalu nak tengok teks pengumuman itu dengan lebih lanjut leh la klik PENGUMUMAN PM.

Thursday, February 16, 2012

Rotavirus

Apa itu jangkitan Rotavirus.
Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia. Berita terkini di Malaysia, 2 mangsa telah meninggal dunia di Tapah, Perak kerana dijangkiti oleh Rotavirus yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE).

Apa Itu Rotavirus?
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.

Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
-Cirit birit berlarutan
-Muntah berterusan
-Sakit perut
-Demam dan selsema
-Bau najis terlalu busuk

Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
-Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
-Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
-Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
-Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah

Sumber: Internet

Wahai Isteri......

Kepada semua isteri termasuklah aq, renung-renungkanlah....

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Oleh: Idris Bald
(dipetik drpd fb)