Pages

Wednesday, June 10, 2009

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yg Ke-4





Sedar x sedar dah 4 tahun kita kawen abg ek. anak pun dh 2 orang. moga2 perkahwinan ini kekal selama2nya hingga akhir hayat. Amin....
(sori gambar x clear)





Tuesday, June 2, 2009

Adik Dah Setahun

Adik atau Nur Insyirah Damia hari ni genap umurnya setahun. Perkembangannya setakat ni baru nak blajar merangkak n berdiri. Nampaknya anak2 aku sumer lambat berjalan. Tapi adik ni pas bleh duduk baru dia nak merangkak. kata orang kalau dah duduk sebelum merangkak, memang tak kan merangkak dah, tapi adik ni lain la plak. sekarang ni dua2 dia nak buat.

Tabiat adik yang tak bleh buang ialah isap ibu jari. mintak2lah tak bawa sampai ke besar. risau jugak aku.
masa umur sehari.
umur 13 hari
1 bulan
10 bulan

Pengalaman aku yang tak dapat lupakan pasal adik ialah semasa genap umur adik 2 bulan, adik disengat lipan. kat kepala pulak tu.bayangkan lah orang tua pun kalu kena sengat pun dah sakit giler nikan pulak baby umur 2 bulan yang kena kat kepala. masa kena tu adik ngan aku tido kat atas lantai. malam nak kena tu, adik memang susah nak tido, pastu aku letak la kat tempat tido aku. sejam pas tu, tiba2 adik menangis dgn kuat. masa tu kat pukul 3 pagi dah. aku ingatkan dia lapar tapi aku perasan kat atas bantal ada tompokan darah. mulanya tak perasan kat mana datangnya darah tu, cek punya cek, kat kepala. abang try la angkat bantal, masyaAllah, keluar sekor lipan sebesar jari telunjuk. lipan tu dapat gak dibunuh walaupun dia cuba larikan diri.
dipendekkan citer, adik dibawa ke klinik kesihatan kerteh. kata MA kat situ, dia tak dapat nak bagi suntikan sebab adik baby lagi. dia cuma bagi ubat demam n alergik je. aku tak puas ati try la gi hospital kemaman lak. sama je dia kata, tapi dia check la tekanan darah. tapi mujur lah ok. dia tanya gak nak masuk wad tak, kalu masuk pun cuma nak tengok perkembangan je, sawan ke, muntah ke. aku ambik keputusan bawa balik adik ke umah mak aku. bapak aku lak bawa balik penawar racun n buat air penawar. adik dari kena sampai ke petang mmg asik nangis je. aku terpaksa la bagi dia susu badan untuk elakkan dia dari terus menangis. ari tu mmg tetek aku mmg kempis sbb tak sempat nak penuh. petang tu adik demam n kepala dia bengkak. malamnya plak adik tido terus sampai ke siang, macam tak ingat nak bangun dah. agaknya mengantuk sangat sebab tak tido seharian. keesokannya mujurlah demam n bengkak dah takde. Syukurlah adik dah takde pape. kalu tak, tak tau lah camner.
(maaf la kalu citer aku ni org tak paham sbb aku bukannya reti kalu bab citer-mencerita ni)


Stadium Runtuh!

Pagi tadi dengar kabar stadium sultan mizan yang tersergam tu telah runtuh. tengahari tadi tgk brita mmg btol2 runtuh. tak tau lah ada ke tak org kat dlm stadium tu. mintak2lah takde kemalangan jiwa.


gambar2 ni aku ambik dari blog cikgufarha.



Sunday, May 31, 2009

Cuti Sekolah

Minggu ni dah bermulanya school holiday. Makanya aku pun adalah masa skit nak masukkan n3 dlm blog aku ni yang dah brape lama x diupdatekan.

Aku keje sebagai EIO kat sek ni, SK Seri Kmn. Jawatan ni jawatan baru so nak citer lebih2 pun aku x reti. Tugas aku menyelenggarakan e-book. Kalu nak tau e-book tu adalah sejenis mini laptop yang telah dimasukkan dengan semua perisian/software buku teks. Maknanya murid2 dah x payah bawa buku teks yang berat n tebal tu lagi ke sekolah. Bawa e-book je ke sek.

Minggu lepas baru je dilancarkan oleh MB ganu. skrang ni duk tunggu lah bilanya nak diserahkan ke sek2.
Sebelum tibanya e-book kat sek ni, keja aku skrang ni jadi PTR sebab PTR yang ada tengah cuti bersalin. PTR pun PTR lah.


Nilah rupanya e-book tu. Sebut btol2 jgn jadi ibok sudah.



Zoo Mini

Semasa hari perasmian pembukaan zoo mini ari tu (ari n tarikhnya aku dh lupa sbb dh lama dah) aku n anak2 ikut mak n ayah n adik2 ku g ke zoo. Abang aku x g sbb dia keja. Masa tu kan free of charge, masuk x yah bayor. Tapi skang ni kalu nak masuk adalah dlm RM5 sorang dewasa, tu pun promosi. Kalu x RM10. Budak2 lak RM3.

Aku nak citer pun tak reti camner rupa kat dalam zoo tu tapi kat dlm tu adalah taman herba, taman burung, jambatan gantung, taman orkid n tempat mandi yang macam kat sunway lagoon tu. Kalau nak tau pegilah sendiri, baru tau camner. Bukan tu je banyak lagi la yang ada. Ari tu aku pun x larat nak jelajah semua tempat, mana yang terlarat je aku redah.

Nilah antara binatang2 yang ada kat situ....





Punyalah banyak pokok orkid tapi 4 pokok ni je yang tengah mekar berbunga. Apa nama orkid ni aku pun tak tau. Papepon layan je lah.