Pages

Sunday, October 10, 2010

Solat Subuh...

Salam...

Solat Subuh banyak manfaatnya bagi yang mendirikannya..
Disini dikongsikan antara manfaat Solat Subuh:

*Disaksikan secara langsung oleh para malaikat
*Lambang kemenangan melawan godaan syaitan

Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Syaitan mengikat leher kalian ketika tidur dengan 3 ikatan. Pada setiap ikatan syaitan membisikkan, "Tidurlah, malam masih panjang!". Apabila kalian bangun lalu berzikir kepada Allah, ikatan pertama terlepas. Apabila kalian berwuduk, ikatan kedua terlerai. Kemudian, apabila kalian solat, ikatan ketiga terlepas dan seterusnya bersemangat pada pagi itu. Tetapi sekiranya kalian tidak bangun, pagi itu jiwa kalian menjadi malas"- Hadis Riwayat Bukhari

*Bebas daripada terkena air kencing syaitan
*Mendapat pahala seperti mengerjakan solat satu malam

"Sesiapa sahaja yang solat Isyak' berjemaah, seolah-olah dia sudah solat setengah malam. Barang siapa yang solat subuh berjemaah, dia seakan-akan melaksanakan solat malam semalam suntuk"- Hadis Riwayat Bukhari

*Mendapat kilauan cahaya yang terang pada hari kiamat

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang terang benderang pada hari kiamat"
- Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Janah

---(Dipetik daripada Nur keluaran Ogos 2010)----

Thursday, September 23, 2010

UPSR

Hari ni hari terakhir UPSR..
dah 3 hari dah..
Harap2 semua murid sekolah dapat jawab ngan baik.
Paling penting dapat skor 5A..
and paling penting murid sekolah SK Seri Kemaman terutamanya.

Semoga Terengganu dapat mengekalkan kejuaraan dalam UPSR berturut2...

Hilangkan segala tanggapan yang 'benda petak kaler biru' tu akan menyebabkan kemerosotan dalam UPSR...

~~~~TERENGGANU NEGERI ANJUNG ILMU~~~

Sunday, September 19, 2010

Kempen Aurat Saya, Maruah Saya....

Jom...
Ayuh..
Kita sama2 join kempen ni..

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati.......



Wednesday, September 15, 2010

Gambar Raya..

Hari ni aku xde nak citer mende just nk buh gambo raya kami sekeluarga je..
Jangan berpinar mata dh le... bukan mende dh nampak warna maroon je...
layan jer le..










Sori, gambar lintang pukang.. x reti dh nak susun camner.. pening dah...

Ada lagi ni, tapi lambat sangat nak upload.. aku pun dah malas nak tunggu lama2...











Tuesday, September 14, 2010

05 Syawal 1431

Hari ni aku dh start keje.

Tp sunyi gile kt ofis ni sbb xde org. yg ada cuma 3 org je. memang sunyi sepi..

Terpaksalah pasang lagu raya, bolehlah hilangkan kesunyian..

Nyesal pon ada, kenapa lah aku tak ambil cuti lama skit.. sayangkan cuti sangat, bukannya leh forward pun.

Raya tahun ni, tema kami sefamily 'maroon color'. Tahun lepas warna hijau lumut.

Cerita pasal baju raya tahun lepas, memang x puas hati. Ade ke patut kedai yg cik abg aku tempah baju melayu, boleh dia tertukar kain. Gelap katanya x perasan bleh tertukar. Cis.. gitu je alasannya. Nak lepas tangan gitu je. Dah la kata dalam masa sebulan siap la baju, tapi g 2-3 kali x siap2 gak. Dekat nak raya baru siap. Tu pun salah kain. Mujur warna kain lebih kurang sama je tapi ada gak yang bezanya tu, tak sama ler ngan aku punya.

So tahun ni kedai tu dah di BLACKLISTkan dari hidup kami. Tahun ni tempah baju cik abg sebelah kedai tu plak. Hahaha...

Kalu pasal baju raya aku plak, tak payah cakap lah, mesti tiap2 tahun sehari sebelum raya baru siap.. Nak buat camner, tempah ngan mak sedara sendiri.. Nak tempah ngan orang lain, aku x biasa. Lambat pun lambat la asal siap..

Raya tahun ni banyak lagi rumah yang aku x pergi beraya. Adoih, bila nak pergi ni...


Dalam duk berangan layan jiwang kat ofis ni sorang2, teringat plak nostalgia masa beraya kecik2 dulu. dulu rumah yang kita x kenal tuan rumahnya pun kita pakat redah je. tak kira asal dapat collect duit raya. masa dulu paling banyak duit raya yang orang bagi singgit. kalu dapat singgit pn dah bahagia rasanya. sekarang singgit tu dah jadi paling sikit yang orang akan bagi.

dulu kita gi beraya dapat duit raya, sekarang anak2 kita plak yang dapat.
dulu mak ayah kita yang belikan kita baju raya, sekarang kita yang belikan baju raya untuk anak2.
dulu kita beraya ngan mak ayah kita saja, sekarang kita beraya ngan mak ayah suami/isteri kita juga.

cepatnya masa berlalu...........