Pages

Thursday, February 26, 2015

Pindah Rumah Baru dan bla bla bla...

Salam..

Saja nak kongsi citer ni..

 Alhamdulillah..
 Hari ni ambe akan berpindah ke rumah sendiri.. jeng jeng jeng..
Tapi, sebelum tu mmg sibuk gila la, ngan kemas barang sumer tu.. nak settle hal rumah dll.

Cam x caye je yg kita orang anak beranak akan ada rumah sendiri... walaupun terpaksa wat pinjaman. yelah, mana la mampu kalu nk beli cash.. bukannya gaji kita orang laki bini 50k sebulan..

Kalu 8 tahun lepas, mmg x terpikir dek akal yang semua ini akan terjadi..  hehehe..
Masa tu ambe masih lg bergelar surirumah... Sekarang ni dah nk masuk 7 tahun dah kerja..

Syukur, itu yang dikatakan rezeki daripada Allah untuk kami 5 beranak.. Alhamdulillah...
Semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya...

Sunday, May 18, 2014

Selamat Hari Guru

Salam,

Selamat Hari Guru buat kawan-kawan yang bergelar guru, pensyarah dan yang sewaktu dengannya.
Begitu jugak dengan cikgu2 zaman sekolah menengah n rendah dulu n pensyarah masa belajar dulu. Masih ingatkah pada diriku ini??

Tahun ni sambutan hari guru kat sekolah dibuat pada 18 Mei 2014 sebab 16 Mei jatuh pada hari Jumaat.
Yang kesiannya, sambutan terpaksa di buat dalam kepanasan sebabnya "blackout".

Kesian budak2 aku, tak dapat nak buat persembahan sebab xde letrik..

Yang geramnya plak, abis acara je, elektrik terus je ada.
Macam2 la..

Apa pun Selamat Hari Guru sekali lagi deh........

Tema hari guru tahun ni ;


Guru:  Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi

Wednesday, January 29, 2014

Alhamdulillah...

Waduh,

Dah agak lama ambe x "mengupdetkan" belog ni..

Nanti kalu ada masa dan kerajinan, ambe akan updet citer taun lepas punya... hehehe..
biarlah dah lama pun.. x busuk pun kan..

Antaranya : -
* jalan-jalan cuti2 Malaysia
* banjir  disember 2013.

Alhamdulillah,
masuk 4 hb baru ni genaplah 3 taun ambe bertugas sebagai PPM. Kejap je masa berlalu. Rasa cam baru je gi lapor diri kat Putrajaya...
Cuma sekarang ni xde rezeki lagi nak bertukar ke Bandar Texas. :(

Tahun 2014 ni kakak dah 8 tahun so dah masuk Darjah 2. Adik plak dah 6 tahun n baru tahun ni ambe hantar ke prasekolah kat sekolah kakaknya.

Syukur Alhamdulillah..
Dalam beberapa bulan lagi kitaorang akan dapat orang baru..
:)
Harap semuanya selamat belaka..
Amin...

Tuesday, March 5, 2013

Tanah Tumpah Darahku..

Gambar: "Musuh cuba jejas semangat anggota polis" - Tan Sri KPN
Bagi seorang pejuang, semangat dan moral adalah penting dalam perjuangan. 
Admin bukan minta mewakili ahli politik atau pemerintah, tetapi sebagai pejuang yang berjuang untuk tanahair tercinta, yang pernah berjuang di tengah-tengah tembakan musuh dan sebagai ayah yang pernah meninggalkan keluarga tercinta untuk ke perbatasan dan yang paling utama sebagai rakyat Malaysia.
Admin nak ajak diri admin sendiri dan semua sekali rakyat Malaysia untuk kita sama-sama kibarkan bendera Malaysia tanda sokongan kepada pasukan keselamatan kita yang sedang berjuang di Sabah dan serata dunia. Kibaran bendera ini juga sebagai tanda kekitaan dengan ahli keluarga perwira kita. 
Ambil gambar bendera yang rakan-rakan kibarkan dan kongsikan di FB dan ajak rakan anda untuk turut mengibarkan bendera Malaysia. 
Ayuh....NEGARA PERLUKAN ANDA 


Jika SAYANG MALAYSIA, kibarkan JALUR GEMILANG
sebagai tanda sokongan kita.
Kita tak dapat nak tolong dengan ikut berperang,
jadi kibarkanlah JALUR GEMILANG.

Doakan juga semoga semua PEJUANG-PEJUANG negara
kembali kepangkuan keluarga masing-masing dengan
selamat..

Doakan juga semoga negara kita MALAYSIA
 tidak  jatuh ke tangan MUSUH....


Thursday, February 28, 2013

Kelebihan Ayat Kursi





Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
   11.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
    1. Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
    2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
    4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
12.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
    1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
    2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
    3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
    4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
    5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
    6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
13.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
    1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
    2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
    3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
    4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
    5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
    1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
    2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
sumber drpd intenet..

 

Wednesday, February 27, 2013

Doa Untuk Anak

Ini adalah antara amalan yang boleh kita amalkan untuk kebahagian anak-anak kita dalam membentuk mereka. Sebagai ibubapa, tentu saja kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita. 
1) Bacakan doa di atas kepala anak, hembus di kepalanya, ubun-ubunnya atau jantungnya insyaallah anak tidak degil.

2) Al-Fatihah -

Sebagai satu senjata utk merangsang daripada melakukan sebarang masalah.

3) Ayat Qursi -

Utk menghalau iblis & syaitan. Doa ini juga boleh dibaca utk menghindarkan anasir negatif yg masuk ke dlm badan anak yg menyebabkan mereka degil.

4)Surah Alam Nasyrah -

Nabi juga menasihatkan Ali supaya membaca surah ini utk menerangkan hati & mudah ingat. Dan ia dibacakan kepada anak supaya mereka kurang degil dan lembut hati.

5) Surah Adh-Dhuhaa 1-5

Untuk anak yg malas sembahyang, degil, suka bergaduh & tension. Inilah surah utk anak menjadi solehah & soleh, lembut hati & dengar nasihat.

6) Doa Nabi Daud, "Ya Allah lembutkan bagi (nama anak) hati sebagaimana Kau lembutkan besi bagi Nabi Daud".

7) Surah Al-Anbiyaa ayat 69. 

Utk anak2 yg susah hendak sembahyang & liat sangat, doa yg paling mustajab ialah surah Ibrahim ayat 40, bermaksud " Ya Allah jadikan aku & anak-anakku org yg mendirikan solat".

8) Doa Manzzill - 

Kombinasi ayat Al-Quran yg telah diajar nabi pada para sahabat kemudian ditulis oleh ulama.

9) Doa inilah sebagai senjata paling berkesan yg akan mengukuhkan iltizam kita & mudah menarik rahmat serta hidayat Allah supaya anak2 kita menjadi hebat.


DIPETIK DARI LAMANWEB 
 http://muhamadluzman.blogspot.com

Tuesday, February 26, 2013

Kenapa Lambat Datang .... ?

  12 SEBAB MENGAPA HAID ANDA LAMBAT

 

Adakah anda risau sebab haid tidak datang? 

Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita. 

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. 

Terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

  • Menopos:
    Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.


    1. Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.  
    2. Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

    3. Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

    4. Berlebihan hormon prolaktin: Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

    5. Menyusu badan:
      Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

    6. Masalah tiroid:
      Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

    7. Gemuk:
      Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.


    8. Terlalu kurus:
      Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

    9. Tersilap kira:
      Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

    10. Pencegah hamil:
      Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

    11. Hamil:
      Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... Tahniah..Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

    Apa yang anda perlu buat sekarang?


    Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh membuat ulangan 2-3 hari kemudiannya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

    sumber: masalahwanita2u

     


    Monday, February 25, 2013

    Jalan-jalan Cari Resepi


    Salam,

    Ambe nak share web n blog yang kawan2 boleh cari resepi2 best.
    Ambe pun kadang2 xtau nak masak apa.
    Hari2 masak yang sama je mesti jemu kan.
    Jadi, apa kata kita tukar menu plak.

    Nak makan apa? Western , Indian, Chinese, Thai, sila pilih....

    1. Myresepi

    2. Kongsi Resepi

    3. Resepi Mesra.net

    4. Koleksi 1001 Resepi

    5. Resepi Annie

    6. Dapur Tanpa Sempadan

    7. Home Sweet Home

    8. Hanieliza

    9. Secubit Garam

    10. Koleksi Resepi

    11. Try Masak

    Selamat mencari resepi dan selamat mencuba.

    Wasalam.. 


    Novel & Drama




    Salam,

    Sekarang ni kalu tengok cerita drama @ filem mesti ada yang diadaptasikan daripada novel.
    Yang paling femes dan meletop ialah "Ombak Rindu". Kalu tak silap ambe, baru2 ni baru je lepas drama "Setia Hujung Nyawa" yang diadaptasi daripada novel hasil karya Fatin Nabila. Kat Astro Mustika HD pulak sedang ditayangkan cerita Sehangat Asmara.

    Kat bawah ni ambe listkan sedikit sebanyak novel  yang telah didramakan @ difilemkan.
    Jauh
    Pesona Rindu
    Gemersik Kalbu
    Kau Untukku
    Sehangat Asmara
     Setia Hujung Nyawa
    Lagenda Budak Setan
    Lagenda Budak Setan 2 - Katerina
    Nora Elena
    Bicara Hati
    Seindah Sakura
    Adam dan  Hawa
    Trilogi Cinta
    Trilogi Cinta
    Trilogi Cinta
    Ada lagi, tapi ni je yang dapat ambe cari.

    Bila dah novel di drama @ difilemkan, kaki novellah yang paling excited skali nak tonton sebab kat sinilah diorang dapat tonton apa yang diorang baca selama ni. Sama ke tak ngan apa yang dibayangkan. Selalunyakan dalam novel khasnya novel cinta, hero mesti kacak, tampan, hensem dll n heroin plak cantik, cun dan menawan. Akhir sekali endingnya mesti happy ending.

    Kepada semua kaki novel, selamat melayan novel. layan jangan x layan. (pesanan untukku juga).
    Kalau nak layan novel @ cerpen secara online bolehlah klik : penulisan2u.

    Wasalam..


    Apa Yang Best Dengan Samsung Galaxy Note II



    Dibina untuk Produktiviti
         
                                                                        Galaxy Note II


    Direka untuk ditandingi "multitasking", Galaxy Note II menggabungkan kemudahan pen dan kertas serta teknologi telefon pintar canggih. Dengan Pen S anda dengan cepat boleh mengambil nota dalam tulisan tangan anda sendiri, mengemudi dengan ketepatan tetikus, dan mengedit dokumen dalam sekelip mata. Plus, S Pen, Air View dan Note Popup meningkatkan kuasa "multitasking" anda ke tahap yang baru keseluruhannya.


    S Pen - Dioptimalisasi ciri Pen S ingat teks, bentuk dan juga persamaan-jadi apa sahaja yang anda mula menulis diiktiraf dan disiapkan secepat anda memulakan.

    Popup Berguna,Video Popup dan Nota Popup - mentakrifkan semula multitasking pada telefon pintar. Menonton video atau mengambil nota, walaupun semasa bekerja dalam aplikasi lain. 

    Air View- Dapatkan pandangan perpustakaan keseluruhan hanya dengan berterbangan di atas paparan. 


                      


    Kuasa dan Prestasi

    Ciri-ciri canggih quad-core pemproses, Galaxy Note II mempunyai masa beban cepat kilat dan kuasa untuk mengambil walaupun tugas paling sukar seperti video dan grafik yang kompleks. Dan dengan peralihan sutera Android 4.1, Jelly Bean pada 5.5 "HD Super AMOLED paparan, segala-galanya yang anda tidak hanya berlaku dalam sekelip mata, ia kelihatan menakjubkan.


    Lebih Kuasa -  Galaxy Note II datang penuh dengan mah tanggal 3100 bateri yang bermakna hari penuh multitasking, bercakap dan melayari web atas tuduhan tunggal. 

    Lebih Memori - Teruskan, jimatkan segala-galanya. Dengan 16 GB memori dalaman serta slot kad SD untuk berkembang kepada 64 GB, anda tidak perlu untuk memadam sesuatu perkara. 

    Interaksi Intuitif

    Mula menoreh, berlegar dan bercakap hampir serta-merta. Ciri-ciri ketepatan seperti pena Pen S, tugas mudah untuk melengkapkan dan intuitif untuk belajar. Berlegar Pen S untuk menggunakan Air View, yang memperluaskan perpustakaan fail keseluruhan untuk tontonan cepat. Membuat panggilan dan mengemudi antara muka dengan isyarat semula jadi. Atau hanya bercakap arahan kepada telefon menggunakan S Voice.


    S Voice - dengan hanya kuasa suara anda. Dapatkan arah, mencari web, menyemak kalendar anda, pilih lagu dari senarai main anda dan banyak lagi. 

    Issyara Pintar - boleh menjalankan tugas berdasarkan pergerakan mudah, seperti memulakan panggilan dengan menaikkan telefon ke telinga anda.

    Stay Pintar - menjimatkan hayat bateri dengan Stay Pintar, yang mengesan sama ada anda sedang memandang telefon anda, maka dimalapkan atau meningkatkan kecerahan skrin.  

    Menangkap dan Kongsi Pengalaman

    Perkongsian hidup anda melalui telefon pintar anda kini lebih mudah berbanding sebelum ini. Tangkap gambar. Atau coretan. Kemudian hantar. Semudah itu. Pantas berkongsi 8 megapiksel gambar menggunakan Share Shot dan Group Play kepada individu dan kumpulan kawan-kawan. Atau cuba S Note untuk berkongsi semua ciptaan anda -lukisan, lakaran, memo dan banyak lagi.
     


    Galeri 3D dengan Photo Note - membuatkan gambar dapat dilihat dengan lebih menyeronokkan, manakala Photo Note membolehkan anda membalikkangambar /  imej dan membuat nota di belakang.

     
    Gambar Terbaik dan Face Terbaik - membuang gambar buruk selama-lamanya dengan Gambar Terbaik dan Face Terbaik. Pilih gambar yang terbaik dalam siri dan pilih imej kegemaran anda atau ungkapan.

     
    Pemindahan oleh Beam Touch S - pemindahan gambar, video, dokumen kepada telefon Beam S lain, hanya dengan meletakkan mereka kembali ke belakang bebas daripada rangkaian sel dan Wi-Fi. .

     
    Kamera 8 megapiksel - Kongsi Shot Penggunaan Galaxy Note II dan cepat berkongsi dengan telefon sehingga 200 kaki jauhnya.
     
    Allshare Group Play -  kongsi premium video, permainan, filem dan TV  tanpa wayar dengan Samsung Smart TV, komputer riba, tablet dan banyak lagi.


    Menguruskan Kandungan Anda
    Dapatkan lebih banyak artis dan ruang fail, di mana-mana dan bila-bila masa anda mahu. Dengan Muzik Hub dan Media Hub semua hiburan kegemaran anda adalah di hujung jari anda, tidak kira di mana anda berada. Atau mencari aplikasi yang dibina hanya untuk anda dengan S Cadangkan.
     
    Muzik Hab akses berjuta-juta lagu, mewujudkan stesen radio peribadi dan mendapatkan cadangan khas berdasarkan pilihan anda semua di satu tempat.

     
    Apps Hanya untuk Anda - Berdasarkan pilihan anda, S Suggest mencadangkan aplikasi hebat dari Google Play, Samsung Apps dan aplikasi kedai pembawa anda.


    Aksesori Pintar
    Jadikan ia milik anda dalam setiap cara. Anda boleh menyesuaikan Galaxy Note II dengan pelbagai "cover" yang direka untuk fesyen, perlindungan, dan privasi. Atau cuba Wireless Cast Hab AllShare untuk memaparkan kandungan di TV, atau menyambung ke monitor, cakera keras luaran, keyboard dengan Universal Smart Dock.


     
    .











    *Review ini diterjemahkan daripada www.samsung.com dengan menggunakan Google Translate. 
    RCP: RM 2299.00
     

    Sunday, February 24, 2013

    25 Pesanan Luqmanul Hakim


    1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

     2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

     3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

     4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

    5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. 6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

    7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

     8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

     9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

    10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

    11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

     12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja. 13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

    14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

    15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

    16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

     17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

     18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

    19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

    20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

    21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

    22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

    23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

    24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

    25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

    Monday, April 2, 2012

    Bulan Jamadil Awal

    Salam..

    Hari ni dah pun mencecah 10 Jamadil Awal 1433H.
    Ambe nk kongsi skit tentang peristiwa2 yang berlaku pada bulan ni.

    1. Peperangan "Al-'Ashirah" pada tahun kedua Hijrah, dipimpin oleh Baginda s.a.w. Tidak berlaku apa-apa pertempuran disebabkan perjanjian damai yang dimeterai antara Rasulullah s.a.w. dengan Bani Mudlij dan penyokong mereka Bani Hamzah. Baginda s.a.w. bersama sahabat kembali ke Madinah.


    2. Peperangan "Zat Ar-Riqa`" pada tahun kedua Hijrah, diketuai oleh Baginda s.a.w. Ianya di satu kawasan di daerah Najd di kediaman Bani Muharib dan Bani Tha`labah dari kaum Ghatafan. Tiada pertempuran dan peperangan yang berlaku, ianya dinamakan Zat Ar Riqa' (yang mempunyai cebisan kain) kerana para sahabat membalut kaki-kaki mereka dengan cebisan kain kerana kepanasan bumi Najd.

    3. Perutusan sekumpulan tentera Islam yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah ke "Al-Qussah" seramai 10 orang. Ianya bertujuan memerangi Bani Tha`labah, tetapi perutusan tersebut telah diserang hendap oleh seratus orang Badwi dan membunuh kesemua perutusan itu kecuali Muhammad bin Maslamah yang mendapat kecederaan parah sehingga orang-orang Badwi menyangkanya telah mati. Sekumpulan Badwi yang lain telah membawa beliau ke Madinah untuk mendapatkan rawatan di sana.

    4. Peperangan Mu'tah pada tahun kelapan Hijrah. Ianya disebabkan oleh pembunuhan yang dilakukan oleh Syarahbil bin `Amr Al-Futhaniy terhadap seorang utusan Rasulullah s.a.w. iaitu Al-Harith bin `Umair Al-Azdiy dari kaum Bani Lahab. Beliau diutus oleh Baginda s.a.w. membawa sepucuk surat kepada Maharaja Rom atau Pembesar Busra tetapi dia telah ditahan dan diikat oleh Syarahbil lalu dibunuhnya. Rasulullah s.a.w. amat murka dengan pembunuhan tersebut kerana mengikut peraturan pada zaman itu seseorang utusan tidak boleh diapa-apakan sehinggalah dia pulang ke tempat asalnya. Baginda s.a.w. menghantar sekumpulan tentera yang dikepalai oleh Zaid bin Harithah dan berpesan "sekiranya Zaid terkorban, dia hendaklah diganti oleh Ja'afar bin Abi Talib, sekiranya dia terkorban juga Abdullah bin Abi Rawahah akan memimpin tentera tadi". Kesemua sahabat tadi syahid di dalam peperangan itu lalu ianya dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid yang telah mengundurkan tentera Islam secara tersusun dan kemas tanpa mengalami apa-apa kehilangan jiwa dan kekalahan.

    5. Peperangan Ajnadain pada tahun kelima belas Hijrah. Ianya berlaku di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Amru bin Al-`As, Abu `Ubadah bin Al-Jarrah dan Syarahbil bin Hasanah dengan tentera Rom yang dikepalai oleh Wardan di kawasan Ajnadain di Timur Yerusalem (Al-Quds). Tentera Rom tewas di dalam peperangan itu dan pemimpin mereka Wardan juga mati di situ. Ianya berlaku berhampiran bandar Ramallah dan membuka jalan untuk pembukaan bandar Palestin.

    6. Kematian Asma' binti Abi Bakar As-Siddiq yang digelar "Zat An-Nitoqain", salah seorang yang dijanji masuk ke syurga Allah s.w.t. dan merupakan orang perempuan kedua yang memeluk Islam selepas Khadijah binti Khuwailid. Beliau meninggal pada tahun 73 Hijrah semasa berumur seratus tahun. Merupakan ibu kepada Abdullah bin Az-Zubair yang telah dibunuh oleh Al-Hajjaj Ath-Thaqafiy.

    7. Kematian Abdullah bin Az-Zubair pada 17 Jamadil Awal tahun ke 73 Hijrah yang merupakan anak kaum Muhajirin yang pertama dilahirkan di Madinah semasa penghijrahan orang Islam Mekah ke Madinah. Bapanya Az-Zubair bin Al-`Awwam sepupu Nabi s.a.w. dan ibunya Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq, emak saudaranya `Aishah binti Abu Bakar. Beliau syahid dibunuh oleh Al-Hajjaj bin Yusuf pembesar kerajaan Bani Umaiyah.

    Sumber: Internet.

    Wassalam..

    Wednesday, March 28, 2012

    Kisah Budak2..

    Salam...

    Kisah Benar 1:
    Satu hari cikgu bertanya kepada anak-anak prasekolah tentang nama ibubapa masing-masing.
    Sampailah giliran Mizfar...

    Cikgu : Nama ayah mende?
    Mizfar: Aboh..
    Cikgu: Mak?
    Mizfar: Ibu..
    Cikgu: Ermm.. Kalu kawan ayoh mari dumah, dia panggil ayoh mende?
    Mizfar: Aboh mung..

    Cikgu dah x tau nak tanya apa dah...
    Hahahahaa...

    (Harap maaf, perbualan dalam loghat ganu)


    Kisah Benar 2:

    Satu hari yang lain pula...
    Cikgu bercerita tentang lori.

    Cikgu:Ada lori yang besar, ada lori yang kecil. Kalu lori besar bila dia nak brek dia kena lepaskan angin. kalu tak, brek dia tak makan...

    Yusof: Dah tu brek makan apa cikgu?

    Cikgu: ????

    Selepas itu terpaksalah cikgu explain kut lain plak psal brek tak makan...


    Wassalam....

    Sunday, March 25, 2012

    Jangan....

    Salam....

    Ini ada pesanan skit, sumber drpd internet utk tatapan semua...

    - JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
    - JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
    -JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
    - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
    - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
    - JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
    - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
    - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
    - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
    - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
    - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
    - JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
    - JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
    - JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
    - JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
    - JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

    ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

    Wassalam..

    Wednesday, March 21, 2012

    Wabak HFMD.

    Salam...

    Sekarang ni kt Sarawak, HFMD dah diisytiharkan sebagai wabak.
    HFMD dikenali sebagai Hand, Feet and Mouth Disease atau BMnya Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

    Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.

    Ia disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Dan lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.

    Tanda-Tanda Penyakit
    *Demam panas
    *Sakit tekak
    *Kurang selera makan
    *Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
    *Ruam dan biji-biji berair (blisters/ lepuh-lepuh) di tapak tangan dan kaki serta punggung





    Penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.

    Cara-Cara Merebak

    HFMD ialah penyakit berjangkit yang sederhana yang melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.

    RawatanM

    Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit.

    Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:

    *Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi
    *Memakan ubat seperti panadol (PARACETAMOL)untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
    *Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut, ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan.
    *Jika anak anda dijangkiti HFMD:
    -Pastikan ianya berehat di rumah hingga sembuh.
    -Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh (dikuarantin)
    -Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga

    Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah HFMD.


    Langkah-Langkah Pencegahan

    *Sentiasa menjaga kebersihan diri
    *Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan
    *Jangan berkongsi barang-barang persendirian
    *Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin
    *Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih
    *Elakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan

    PERINGATAN
    Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda:

    *Demam panas yang tidak menurun
    *Mengantuk dan kelihatan letih lesu
    *Gelisah
    *Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan Sesak nafas
    *Degupan jantung laju
    *Kembung perut Tidak membuang air kecil
    *Lemah anggota kaki Otot tersentak
    *Pergerakan mata yang luar biasa

    Jadikan ini sebagai panduan kita semua.

    Wassalam.

    Thursday, March 8, 2012

    Waspada Ngan Nombor Ni 03-27874200 n 03-20550700

    Salam...

    Aku baru je dapat panggilan drpd no. 03-20550700 .
    Katanya drpd AIA plus ngan kerjasama Bonuslink. Yang kat depan x brape nak clear.. tapi yang tang Bonuslink tu mmg aku dengar dengan jelas.
    Mula2 tu aku layan gak la. Dia bg penjelasan pasal polisi insurans dgn panjang lebar. Aku iakan aje. Then dia ckp nak hantar polisi. Dia mintak alamat rumah, aku bagi.Pahtu mintak no. ic.
    aik... aku dah naik heran ni. nak buat apa ngan no. ic aku. kalu alamat rumah aku bg lg ni nak no. ic.
    bila aku xnk bg, leh dia tanya apa yg menyebabkn aku xnk bg..
    nk je aku jawap suka ati aku le.. tp aku jawap gak utk keselamatan la..
    dia bg alasan skit punya byk.. call tu dirakamlah.. nanti dia akan bgtau nama, no. ic dia, pastu leh la aku call blk tanya pasal dia.
    mana aku nk tau rakam ke x.. last2 aku diam je, dah x tau nk buat apa.. sampai la call terputus. tp dia x putus asa call lg guna no.03-27874200 plak. tp aku terus je sekat panggilan dia .. padan muka ko..
    aku try la cek nombor ni kt tenet..
    wah.. bukan main banyak lg komplen pasal nombor ni..
    mujur aku cepat tersedar kalu x padan muka aku.
    tapi padan gak muka aku kalu jadi apa2 nanti..
    yang ko layan sangat apsal.. :)
    so waspada la ngan no. 03-20550700 & 03-27874200 atau pun nombor dr KL yg korg x pasti dr sapa..

    apa pandangan korang?

    Wasalam....

    Mutiara Kata

    Mutiara kata untuk memberi sumber inspirasi dalam kehidupan seharian kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan harian.
    Gunakanlah kata-kata ini sebagai kata semangat untuk kehidupan harian kita. Juga dapat menghiburkan dan memotivasikan diri.

    *Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

    *Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

    *Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

    *Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

    *Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

    *Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab

    *Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

    *Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
    Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

    *Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

    *Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

    *Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

    *Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

    *Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

    Al-Fatihah Buat Arwah Adik Dirang

    Salam...

    Semalam kita dikejutkan dengan berita bahawa adik Dirang atau Nurul Nadirah Abdullah disahkan meninggal dunia setelah dilaporkan hilang sejak 1 Mac lalu.

    Apalah dosa anak sekecil itu dibunuh sedemikian rupa.
    Apa nak jadi dengan dunia..

    Tak dapat nak dibayang perasaan ibunya..

    Ya Allah.. kuatkan iman ibu dan keluarganya
    dan cucurilah rahmat-Mu ke atas arwah..

    Amin..

    SBPA Batal......

    Salam...

    Hari ini diadakan satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Kat situ PM ada buat pengumuman dan antara pengumumannya ialah:

    *SPBA dibatalkan dan SSM dikekalkan dan ditambah baik.
    * pelarasan gaji sebanyak 13% bagi gred 1 -54, 9% utk Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A, 8% utk Turus II dan III dan 7% utk Turus I dan KSN.
    * struktur gaji SSM ditukar drpa Jadual Gaji Matriks kpd Jadual Gaji Minimum- Maksimum dgn kadar kenaikan tahunan bagi Gred 1 -54 sebanyak RM80-RM320.
    *COLA bagi kawasan B dan C naik sebanyak RM50.00.

    Kalu nak tengok teks pengumuman itu dengan lebih lanjut leh la klik PENGUMUMAN PM.

    Thursday, February 16, 2012

    Rotavirus

    Apa itu jangkitan Rotavirus.
    Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia. Berita terkini di Malaysia, 2 mangsa telah meninggal dunia di Tapah, Perak kerana dijangkiti oleh Rotavirus yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE).

    Apa Itu Rotavirus?
    Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.

    Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
    -Cirit birit berlarutan
    -Muntah berterusan
    -Sakit perut
    -Demam dan selsema
    -Bau najis terlalu busuk

    Komplikasi Rotavirus
    Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

    Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
    -Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
    -Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
    -Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
    -Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah

    Sumber: Internet